2012年11月30日 星期五

Harimau Malaya Perlu Agresif!!#HarimauMalaya #AFFSuzuki

Tiada istilah seri atau kalah pada perlawanan terpenting ini! Itulah harapan MHS dan seluruh peminat Harimau Malaya terhadap cabaran getir berdepan Indonesia malam ini. Kemenangan 4-1 dengan Laos merupakan detik kebangkitan Harimau Malaya yang sebelum ini tewas di tangan Singapura.

Berbaki satu perlawanan,  Negara berangkai Asia Tenggara , Indonesia, Malaysia dan Singapura , mempunyai peluang yang sama rata bagi merebut slot ke separuh akhir. Ternyata perlawanan hari ini merupakan perlawanan yang terpenting bagi kumpulan B!

Group B


TeamMP W D LGFGAPts
Indonesia2110324
Singapore2101313
Malaysia2101443
Laos2011361

Gambar-Gambar Lucu Dan Nakal Kanak-Kanak Ketika berada Dengan Wanita

Lihat sahaja kelakuan nakal kanak-kanak sewaktu berada dengan orang dewasa..apa yang mereka lakukan dan apa kah persaan mereka pada masa itu..saksikannya..cekidot..











[Gambar] Ustaz Azhar Idrus Masa Muda Yang Sangat Cool

Acu teka yang mana satu Ust Azhar kite masa mude..

 Penghijrahan yang beliau pilih dah menjadikan beliau seorang ulama' tersohor di Malaysia.Mana taknya, setiap kuliah yang ustaz adakan, penuh sesak satu masjid.Itulah aura orang yang bernama Ustaz Azhar Idrus. Pendekatan yang beliau gunakan iaitu mendekati golongan muda melalui aktiviti-aktiviti beliau dilaman-laman sosial seperti di facebook dan ustazazhar.net banyak membantu golongan muda dalam memahami dan memantapkan pengetahuan terutamanya dalam hukum fiqh. 

Siapa pun kita pada hari ini, tak menjamin siapa kita pada hari esok. Kalau dulu mungkin Ustaz Azhar sendiri pun tak menyangka beliau akan jadi seperti siapa beliau pada hari ini, kita juga begitu. Jika sekarang kita berada jauh dari Islam, maka berhijrahlah dengan hati yang ikhlas. Islam is the way of our life. Jadikan Islam cara hidup kita!

Gambar Ustaz Azhar Idrus sekarang. Yang sebelah kanan gambar atas tadi adalah UAI!
sumber

KELANTAN KE JOHOR : MAT YO TUKAR NAMA JADI WAK LAN

Norshahrul Idlan Talaha yang begitu sinonim dengan gelaran Mat Yo, kini dikenali sebagai Wak Lan di Johor. Nama 'WAK' bermaksud Pakcik / uncle yang berasal dari perkataan Jawa yang menjadi majoriti rakyat di Johor manakala 'Lan' pula diambil daripada nama kedua nya iaitu Idlan. 

Penghijrahan Wak Lan ke Johor nyata menggembirakan seluruh peminat Harimau Selatan malah mengaharapkan penghijrahan Wak Lan ke Selatan dapat memperbaiki mutu pasukan Johor yang kian malap ketika ini. 

Pengerusi Johor Fan Club Ghazali Samad berkata sebanyak 434 respons peminat diterima yang memberi jolokan baru buat pemain Paling Berharga tiga kali berturut-turut itu. 

diolah daripada Sinar Harian Edisi Johor Sabtu 1/12/2012

KENALI KEKUATAN PESAWAT IRAN

Disebabkan inilah sehingga sekarang, Amerika Syarikat tidak berani berperang dengan Iran. Mari kita soroti satu per satu Pesawat-pesawat Iran... 





















2012年11月29日 星期四

KHIANAT DI SUNGAI LUI!






Sungai Lui � Kediaman dan pejabat dua pemimpin tempatan di sini menjadi sasaran khianat apabila disimbah cat merah dan dilontar mercun dalam dua insiden berasingan . Kes pertama membabitkan tiang pagar rumah dan penjabat Adun Sungai Lui Datuk Zainal Abidin Ahmad � Felda Lui Barat.

Zainal berkata beliau mengesyaki perbuatan khianat itu adalah rentetan daripada isu ladang Gatco yang diperjuangkannya. Menurutnya sebelum kejadian, ada individu yang membuat panggilan ke rumahnya kira-kira 9.40 malam dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada isteri dan anaknya.

Sementara itu dalam kes kedua, kediaman wakil Masyarakat India Kampung Gatco pula dilontar mercun malam kelmarin. 

Isu Gatco: 

Hasil rundingan, Thamarai Holding setuju bagi tanah kepada peneroka asal �Menteri Besar
SUNGAI LUI, 13 Julai � Satu keputusan dan formula penyelesaian kemelut status tanah di Kampung Serampang Indah, yang dimiliki oleh Gatco satu ketika dahulu, akhirnya dapat diselesaikan Kerajaan Negeri melalui perundingan dengan tuan tanah baru iaitu Thamarai Holding Sdn Bhd (TH).

Perundingan harmoni yang kerap dilakukan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato� Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan bersama wakil Thamarai Holding berakhir di mana peneroka asal, pewaris peneroka asal dan pembeli yang membeli tanah kepada peneroka asal mendapat pemilikan tanah masing-masing.

Di dalam ucapannya, beliau berasa amat bersyukur akhirnya kemelut status tanah ini selesai dengan baik sambil menegaskan penduduk seharusnya faham status tanah yang gagal diuruskan oleh pihak Gatco dan tidak guna terpengaruh dengan agenda pihak yang mempunyai kepentingan politik.

Katanya lagi, �sehingga ianya melalui beberapa proses lelongan dan pemilik bertukar ganti, dan isu di bawa ke mahkamah tinggi, namun masalah ini tidak dapat diselesaikan sehingga tanah ini diambil oleh Dana Harta secara sah dan termaktub di dalam perundangan Negara.�
�Kemudiannya di beli secara lelongan awam oleh syarikat Thamarai Holding Sdn. Bhd. yang berorentasikan perniagaan dan Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa mengarah apabila peneroka asal menuntut hak terhadap tanah seperti yang terkandung pada perjanjian asal bersama Gatco.� Ujarnya.

�Namun apa yang penting, peneroka asal dan waris perlu berasa bersyukur dan berterima kasih kepada TH kerana telah bersetuju dan menyelesaikannya secara harmoni dengan memberi 4 ekar tanah secara percuma kepada peneroka asal. Manakala pembeli yang membeli kepada peneroka asal pula mendapat 2 ekar tanah.� Tegas Menteri Besar lagi.
�Jika TH menjual tanah tersebut mengikut harga pasaran, harga yang perlu dibayar mereka ialah RM30,000 seekar tanah. Maka kiralah untuk 8 ekar tanah, jika itu yang mahu dituntut sebahagian peneroka.� Sambung beliau lagi.

Penyelesaian ini diungkapkan beliau di Dataran Tabika Kemas, Kampung Serampang Indah ketika sesi lawatan kerjanya di sini, pagi tadi.

Menteri Besar turut menasihatkan peneroka asal serta waris agar bersetuju dengan perundingan dan keputusan bersama Kerajaan Negeri yang sentiasa fokus kepada kesejahteraan rakyat manakala pihak Thamarai Holding pula sanggup mengetepikan keuntungan mereka.

Sebanyak 182 keluarga peneroka asal, 109 pewaris peneroka asal, 61 keluarga membeli tanah melalui waris dan 45 waris yang tidak tinggal di sini menerima faedah perundingan Kerajaan Negeri dan pihak TH tersebut sekaligus berakhirnya kemelut tanah sejak lebih 30 tahun lalu.

Menurut Menteri Besar lagi, pengagihan tanah akan dibuat secara undian di bawah Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Dato� Zainal Abidin Hj Ahmad, ADUN Kawasan Sg Lui.

Bersama lawatan kerja Menteri Besar, Dato� Abdul Razak Mansor, YDP Speaker DUN, Dato� Hj Mat Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato� Zainal Abidin Hj Ahmad, ADUN Kawasan Sg. Lui, En. Papiyah a/l Rajamian, wakil kaum India Kampung Serampang Indah, En. Hamrah Hj Mohamad, Pengerusi JKKK Kampung Serampang Indah.

FAKTA@MHS: BUAH NAGA KURANGKAN KOLESTROL

Buah naga



Satu hidangan buah naga membekalkan dua gram asid lemak tidak tepu yang sihat untuk jantung dalam bentuk asid lemak lineik dan asid lemak oleik yang terdapat daripada biji yang kita makan sebagai sebahagian daripada buah.


Satu hidangan buah naga membekalkan lapan peratus zat besi yang membantu kesihatan fungsi sel darah merah untuk membawa oksigen ke sel.

Beta karotena dan vitamin C dalam buah naga adalah antioksidan kuat yang membantu mencegah kerosakan sel berpunca daripada radikal bebas.

Buah naga kaya dengan serat larut dan tidak larut yang membantu mengurangkan kolesterol makanan. Hasil penyelidikan menunjukkan bukti pengurangan sejumlah kolesterol apabila buah naga dimakan sepanjang tempoh lima minggu.


MAKAN LAH BUAH NAGA SEPANJANG TEMPOH 5 MINGGU UNTUK KURANGKAN KOLESTROL!

Cadangan Bernas Pemuda! #PAU2012


Saranan Ketua Pemuda UMNO yang mahukan sebarang bentuk latihan kepada generasi muda yang dapat memperkayakan generasi ini dengan pelbagai ilmu dan kemahiran tidak hanya diberikan oleh pihak Kerajaan tetapi juga diberikan oleh Syarikat-syarikat swasta secara menyeluruh adalah amat dipuji. 

Ia dapat dilakukan dengan cara menambah syarat pemberian kontrak kepada syarikat-syarikat hanya akan diberikan kepada syarikat-syarikat yang menawarkan program latihan industri kepada belia tempatan. 

Katanya: "Melalui pendekatan ini, tanggungjawab latihan kepada golongan muda tidak lagi akan menjadi tanggungjawab Kerajaan semata-mata. Pada masa yang sama, ia akan mewujudkan peluang pekerjaan dan mampu menyediakan prospek yang cerah untuk orang-orang muda yang sedang mencari pendedahan di dalam industri. "

Untuk makluman , golongan muda yang sering mencari latihan industri bukan sahaja tergolong daripada golongan mahasiswa dan graduan lepasan kolej sahaja ,  golongan muda daripada pelbagai cabang vokasional termasuk lepasan SPM juga sangat memerlukan latihan industri yang meluas dalam mempersiapsiagakan diri mereka di dalam alam pekerjaan sebenar. 

Apa-apa pun tahniah Ketua Pemuda UMNO! Banyak lagi cadangan yang diutarakannya. Sila Layari: 10 Cadangan Pemuda




2012年11月28日 星期三

Fakta: Abby Mabuk Politik 'Bidas' selain dari Ulama' PAS dan akui tidak pernah mengundi .


Sikap Abby Abadi yang tidak pernah mengundi sebelum ini adalah dianggap mengkhianati perjuangan orang-orang Melayu dan Agama Islam.

Merujuk kepada sikap berat sebelah Abby yang mengatakan hanya PAS sahaja Parti yang memperjuangkan Islam adalah sesuatu yang tidak tepat sama sekali. Setiap orang Islam, tidak kira orang UMNO atau orang PAS  sudah pasti akan meletakkan Islam sesuai pada tempatnya yang tinggi dan memperjuangkannya.  

MHS yakin , Abby Abadi ini hanya mendengar cerita dan kisah dari sebelah pihak sahaja. Apa yang pelik , Abby juga mengatakan memberikan sokongan penuh kepada Pakatan Rakyat yang juga terdiri daripada DAP dan PKR.

DAP secara terang-terangan bukan sahaja menolak HUDUD malah menolak syariat Islam dan Hukum Hakam sebagaimana bidasan Karpal Singh terhadap Larangan Bukan Muhrim untuk menggunting rambut bukan Muhrim yang lain. Manakala PKR pula terlalu memperjuangkan Liberalisme dan Perubahan yang menghala kepada Hak Asasi Manusia yang tidak berlandaskan Islam dan adat ketimuran! 

Persoalan: Adakah gabungan PAS-DAP-PKR sudah cukup kuat untuk memperjuangkan Islam? 

Adakah ulama' lain yang tidak berparti yang melihat UMNO sedang berusaha ke arah Islam dilihat tidak memperjuangkan ISLAM? 

Abby, ini bukan soal, pihak ini tidak Islam, pihak ini Islam. Ini adalah soal politik. Pemahaman agama yang telah diracunkan dengan politik songsang sehingga menyebabkan perpecahan sesama Islam adalah sesuatu yang dimurkai Allah sebagaimana di dalam hadis Nabi SAW: 

Dari Amir bin Saad dari bapanya r.a katanya: �Pada suatu hari Rasululah s.a.w datang dari daerah perbukitan. Ketika baginda sampai di Masjid Bani Mu�awiyah baginda masuk ke masjid tersebut lalu solat dua rakaat. Kami pun solat bersama-sama dengan baginda.
Baginda berdoa kepada Tuhan panjang sekali. Setelah berdoa baginda berpaling kepada kami lalu bersabda:
�Aku memohon kepada Tuhan tiga perkara. Dia memperkenankan dua perkara dan menolak satu perkara. Aku memohon kepada Tuhan supaya jangan membinasakan umatku dengan musim susah yang panjang. Maka diperkenankan. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang melanda umat Nabi Nuh atau seperti tentera dan Raja Firaun yang ditenggelamkan di lautan), permohonanku itu diperkenankan-Nya juga. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan kerana pertentangan sesama mereka. Permohonan ini tidak diperkenankan.�(Bukhari)


Sah lah Abby Abadi ketika ini sedang 'mabuk' politik.


Petikan Berita: 

PASIR PUTEH - Selebriti Abby Abadi mengakui tidak pernah mengundi sebelum ini kerana golongan artis tidak pernah diberi kesedaran mengenainya walaupun sering kali terlibat dengan program anjuran Umno dan Barisan Nasional.

Abby berkata, penglibatan artis dalam program parti hanya untuk memeriahkan majlis dan menarik ramai hadirin.

Ketika itu katanya, beliau tidak berasa bersalah tidak mengundi kerana tidak memahami kepentingan politik.

Untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti katanya, beliau akan rasa bersalah sekiranya tidak mengundi kerana sudah sedar kuasa politik amat penting apatah lagi kepada perjuangan Islam.

�Pada saya, Pas merupakan satu-satunya parti yang memperjuangkan Islam di negara ini dan saya tidak mempunyai pilihan lain selain memberikan sokongan penuh kepada Pas dan Pakatan Rakyat.

PERWAKILAN MAHUKAN PRU 13! #PAU2012


Gemuruh Dewan PWTC dengan semangat perwakilan UMNO dengan jeritan:"Bubar, Bubar, Bubar" yang mahukan Pilihanraya diadakan supaya mandat penuh diperolehi UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional.  
Najib dalam ketika itu dilaporkan berkata bahawa UMNO telah berubah dan melontarkan kembali adakah ahli sudah bersedia? Perwakilan menjawab "Sudah!"
MHS berharap Pasukan UMNO bagi menghadapi PRU 13 ini adalah pasukan yang mantap baik dari segi sokongan mahupun mereka yang akan bertanding. Tiada perbuatan sabotaj dibenarkan sama sekali di dalam PRU terpenting ini! 
Allahuakbar! 

Laporan Akhbar: 
 Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Umno, parti yang diketuai sejak Mac 2009, sudah mengalami perubahan sepenuhnya dan kini bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang akan diadakan tahun depan.
Mesej beliau itu disambut dengan laungan para perwakilan parti agar Parlimen dibubar sekarang bagi mendapatkan mandat rakyat.

"Umno sudah berubah (sepenuhnya)," kata Presiden Umno dan Perdana Menteri ini memulakan ucapan dasarPerhimpunan Agung Umno (AGM) 2012 di Dewan Merdeka hari ini.


Ketika Najib mengajukan soalan sudah bersedia tiga kali, perwakilan dan pemerhati yang membanjiri Dewan Merdeka melaungkan, "bubar, bubar, bubar..."
Dengan senyuman Najib menjawab,"sudah bersedia? Sudah bersedia? Sudah bersedia?
Disambut perwakilan "sudah"

Bila? Esok? Tahun depan?," tambah Najib

Kemudian Najib berkata, beliau mahu dan yakin Umno akan kembali bersidang di Dewan Merdeka tahun depan dengan membentuk kerajaan.
"Kita akan kembali kepada rakyat untuk mendapatkan mandat dan kita akan kembali berhimpun di dewan ini tahun depan dengan membentuk kerajaan," kata beliau lagi.
"Jelas sekali terasa, parti kita telah semakin pulih semangatnya. Kita yakin bahawa jentera parti pula, daripada peringkat cawangan, bahagian, perhubungan sehinggalah ke peringkat Kebangsaan telah pun bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum yang bakal diadakan. 
"Namun begitu, dalam pada kita sedang memupuk semangat juang yang marak dan membara ini, janganlah alpa pada kisah-kisah lalu. 
"Beringatlah, Pilihan Raya Umum ke-12 Mac 2008 merupakan pengalaman yang sungguh pahit, sungguh kelat, dalam episod politik Umno dan Barisan Nasional," kata beliau.

Kata Najib, "apa yang pasti, kita tidak boleh banyak berbicara dan bertangguh-tangguh lagi. Kita perlu memperhebatkan tindakan dan menggandakan usaha."

Mandat Kerajaan Pusat akan berakhir 28 April depan.

Ketika berucap pada sesi Taklimat Presiden kelmarin, Najib dikatakan mengesahkan PRU13, yang sebelum ini Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan sebagai "ibu segala pilihan raya", tidak akan diadakan bulan depan.

AGM Umno tahun ini dilihat akan memberi tumpuan dan fokus mendalam ketika seluruh negara bersiap sedia untuk menghadapi PRU13.




DOA NABI YUNUS YANG SEPATUTNYA DIAMALKAN OLEH KITA -PENAWAR SEGALA MUSIBAH !



Alhamdulillah, telah digerakkan Allah S.W.T untuk anda membaca posting ini. Telah digerakkan Allah SWT untuk MHS membuat Posting ini.  Semoga anda dan MHS berada di dalam rahmat Ilahi... 

Fadhilat doa/tasbih Nabi Yunus a.s.  semasa terperangkap di dalam perut Ikan Nun.


Sabda Rasulullah SAW maksudnya :

�Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwuduk, kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya.�

Sabda Rasulullah SAW maksudnya :

� Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan. Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus a.s.

� La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin.�
(Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk  orang-orang yang zalim.)

Walaubagaimanapun doa hendaklah seiring dengan usaha kerana itu fitrah manusia dan apabila berdoa beserta dengan sedikit usaha insyaallah kita akan terselamat dari sesuatu malapetaka dari menjadi lebih teruk lagi.


KEPUTUSAN PERLAWANAN MALAYSIA-LAOS: ALHAMDULILLAH, HARIMAU MALAYA DENGAR CAKAP NAJIB!#HarimauMalaya #AFFSuzukiCup


Harimau Malaya yang kecundang pada perlawanan pertama menentang Singapura akhirnya bangkit dan kembali mengganas dengan mengalahkan pasukan Laos dengan jaringan 4 berbalas 1. 

Malaysia yang mendahului dengan Jaringan yang pertama menerusi  sepakan cantik Safiq Rahim kemudiannya diikat Laos dengan 1-1 sebelum Malaysia kembali garang pada separuh masa kedua , asakan demi asakan sehingga Malaysia diletakkan dihadapan dengan jaringan Safie Sali, Wan Zack Haikal dan Khairil Muhaimin. 

Kemenangan Malaysia pada perlawanan ini sangat penting bagi membuka peluang Malaysia untuk ke separuh akhir. Permainan yang mantap berjaya ditunjukkan anak buah Raja Gopal yang sangat berbeza dengan persembahan mereka pada perlawanan pertama menentang Singapura. 

Malaysia perlu menang menentang Indonesia untuk layak ke separuh akhir dengan selesa. 

Harimau Malaya dilihat menerima nasihat YAB Perdana Menteri yang mahukan kemenangan berpihak kepada Pasukan Malaysia. Tahniah Malaysia, dan teruskan tradisi kemenangan ini sehingga perlawanan akhir! 


KEPUTUSAN

 MALAYSIA VS LAOS - 
INDONESIA VS SINGAPURA 28 NOVEMBER 2012 PIALA AFF SUZUKI 2012 

INDONESIA VS SINGAPURA 1-0
(Full time)

MALAYSIA VS LAOS 4-1
(Full time)


Petikan Berita Najib Mahu Harimau Malaya Bangkit 26/11/12

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu skuad Harimau Malaya bangkit dan mencatat kemenangan dalam saingan seterusnya Piala Suzuki AFF 2012. Beliau berkata, kekalahan kepada Singapura pada perlawanan pembukaan malam tadi perlu ditebus semula oleh anak buah Datuk K Rajagobal kerana rakyat mahu melihat kejayaan skuad kebangsaan pada perlawanan akan datang.
 "Walaupun keputusan bukan pihak kita, kita semua mahu Harimau Malaya bangkit semula. Malaysia, raihlah kemenangan pada perlawanan seterusnya," katanya di laman Twitter beliau hari ini. 
 
Malaysia terpaksa menelan pahit selepas diaibkan Singapura 0-3 di gelanggang sendiri pada perlawanan Kumpulan B di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
 
Skuad Harimau Malaya akan menentang Laos Rabu ini sebelum menamatkan aksi di peringkat kumpulan berdepan naib juara 2010, Indonesia, Ahad ini. - BERNAMA

SAINS@MHS: PLANET PALING PANAS DITEMUI!


Saintis telah menemui sebuah planet yang dikatakan paling panas sekali di alam semesta dan kepanasannya adalah melebihi sebahagian dari bintang.
Planet Paling Panas Di Alam Semesta | Ahli astronomi yang terlibat dalam projek Super Wide Angle Search for Planets (SuperWASP) telah berjaya menemui planet terpanas yang dikenali sebagai WASP-33 b. Suhu planet tersebut mencapai 3,200 darjah Celcius, lebih panas daripada suhu beberapa bintang.
Salah satu sebab yang menyebabkan panasnya suhu planet itu adalah suhu bintang induknya yang juga panas. Ahli astronomi mengatakan, suhu bintang induk planet itu adalah setinggi 7,160 darjah Celsius, lebih tinggi daripada suhu matahari yang �hanya� 5,600 darjah Celsius. Jarak antara planet ini dengan bintangnya juga hanya 7 peratus jarak planet Mercury ke Matahari.
Kewujudan planet itu telah diketahui sejak tahun 2006 yang lalu namun baru dapat dipastikan pada tahun 2010. Dikatakan, planet tersebut tergolong dalam sejenis planet gas dengan kapasiti kurang dari 4.1 kali kapasiti Jupiter.
Kajian tentang planet ini diketuai oleh Alexis Smith dari Universiti Keele di Stafordshire, England. Berdasarkan kajian, ahli astronomi juga mengetahui bahawa waktu peredaran planet ini sangat singkat, iaitu hanya 29.5 jam.
Drake Demming dari Goddard Space Flight Center NASA di Greenbelt, Maryland yang tidak terlibat dalam penyelidikan ini mengatakan, �WASP-33 b boleh membantu ahli astronomi mengkaji planet panas yang ciri-cirinya masih lagi misteri.�
Hal yang boleh dipelajari misalnya ada planet yang berorbit dekat dengan bintangnya yang memiliki lapisan atmosfera luar lebih sejuk dari lapisan dalamnya. Ini mengejutkan kerana planet tersebut seperti �dipanaskan� dari luar.
Deming mengatakan, fakta itu ada kaitan dengan wujudnya keadaan asas karbon yang mengubah cara atmosfera memberi respons kepada radiasi. Keadaan kimia tertentu boleh terbentuk akibat sinar ultraviolet dari bintangnya.
�Ini pasti akan menjadi planet yang ingin anda lihat. Ini adalah peluang yang sangat baik untuk kita mengkaji planet yang mengorbit pada bintang yang terlalu panas,� ucap Deming dalam sebuah sesi wawancara dengan majalah New Scientist.
Sumber : Melayukini.net

Tembok Besar China Penuh Sesak Di Kunjungi Pelancong

Apabila kita melihat gambar tembok Cina, kita boleh melihat agak kosong dan tenang, tetapi sebagai salah satu keajaiban dunia, kita boleh mengandaikan bahawa akan dikunjungi oleh beribu-ribu orang. Imej-imej menunjukkan realiti tempat, dan kebanyakan masa ia penuh sesak. Jadi jika anda fikir melawat tempat ini kemudian mengambil langkah berjaga-jaga anda