顯示具有 transformasi 標籤的文章。 顯示所有文章
顯示具有 transformasi 標籤的文章。 顯示所有文章

2012年12月19日 星期三

RADIKAL: Pembangkang DIWAKILI 'ANJING' di Larut?

"Polis Anjing Kerajaan "...itulah modal pembangkang untuk melepaskan geram kepada pihak berkuasa dan penjawat awam sebagaimana diulas Mymassa dalam entri terbarunya.

 Lihat Mymassa

Namun bila MHS lihat laporan Akhbar hari ini, Mustafa Ali SU  AGUNG PAS pula menyatakan akan meletakkan Fauzi Shaari Bekas Polis untuk mewakili PAS di Parlimen Larut yang mengundang kemarahan ahli-ahli PAS setelah orang lama di dalam PAS kawasan mereka diketepikan. 
"PAS ambil anjing jadi wakil mereka?? "
Pembangkang sedar mereka terpaksa bergantung kepada kredibiliti bekas Pegawai PDRM untuk menyaingi kredibiliti CALON UMNO.

Bukan MHS tuduh Fauzi Shaari Anjing, MHS hanya mahu Fauzi Shaari ingat balik bahawa beliau dan pasukan beliau pernah dikecam dan dilabel sebagai "ANJING KERAJAAN!"
Terlajak perahu boleh diundur, Terlajak kata,buruk padahnya! Jilat lah balik wahai Pembangkang. 
Pihak Kerajaan memang ada anjing. Anjing Pengesan Polis K9. 
Petikan Akhbar - 
KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mengesahkan kawasan Parlimen Larut akan diwakili oleh bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari.
Sehubungan itu kata Mustafa, masalah calon di kawasan itu sudah pun diselesaikan dan ia diterima baik oleh akar umbi parti itu.
"Fauzi itu, memang tidak ada masalah. Dia adalah calon untuk kawasan Larut. Itu saya boleh sebut lah," ujar Mustafa.
Memberitahu kepada Sinar Harian Online, dakwaan bahawa ahli Pas kawasan tersebut yang sebelum ini dikatakan tidak berpuas hati dengan pemilihan Fauzi dan mahu memboikot sudah pun diselesaikan.
"Mereka memang sudah terima pun," katanya dalam temu bual khas semalam.
Laporan sebelum ini menyebut Fauzi, yang menjadi ahli Pas tahun ini, belum sah menjadi calon kawasan Larut.
Strategi Pas Pusat untuk meletakkan Fauzi yang baru empat bulan menjadi ahli Pas menimbulkan kekecohan di kawasan itu apabila Yang Dipertua Pas kawasan Larut, Dr Mohd Dhari Othman yang dipersetujui sebagai calon kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Selama, terpaksa digugurkan.
Calon baru di kerusi Dun Selama pula adalah Ketua Penerangan Pemuda Pas Negeri, Mohd Akmal Kamaruddin yang terpaksa memberi laluan kepada Fauzi membuatkan ahli Pas kawasan itu berang.
Kemuncak kepada itu, 1,500 ahli Pas di enam cawangan utama dalam Dun Selama dikatakan nekad tidak mahu mengundi pada PRU13 ekoran pengguguran Dhari.

20 PEKAN KECIL DI NEGERI SEMBILAN AKAN JADI PEKAN BESAR - 8 CADANGAN LULUS, 12 DALAM PERANCANGAN!

SEREMBAN � Pekan kecil dan kawasan pertumbuhan baru akan dibangunkan secara berperingkat supaya dapat diseimbangkan antara bandar dan luar bandar.


Peta NS 

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kajian dijalankan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa negeri dengan kerjasama 
Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Pejabat Kewangan negeri, Pejabat Daerah dan pihak berkuasa tempatan.

�Hasil kajian, kita dapati sebanyak 20 pekan kecil di negeri ini dikenal pasti berpotensi untuk dibangunkan,� katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini, kelmarin.

Mohamad (BN-Rantau) yang menjawab soalan Datuk Mohd. Kamil Aziz (BN-Gemencheh) memberitahu, menjadi hasrat kerajaan negeri membangunkan kawasan pekan kecil itu, lebih-lebih lagi ia mampu meningkatkan ekonomi penduduk di kawasan berkenaan.

�Sehingga kini, sejumlah lapan cadangan pembangunan bagi pekan Ayer Hitam, Palong 16, Rompin, Chengkau, Lubok China, Ayer Mawang, Pasir Besar dan Simpang Pertang telah diluluskan oleh kerajaan negeri untuk pelaksanaannya.

�Manakala 12 buah pekan lagi sedang dalam perancangan dan dijangka selesai pada 2013,� kata Mohamad.

Menjawab soalan lain, Mohamad menegaskan, program ekonomi yang dilaksanakan kerajaan negeri bagi rakyat termiskin kini telah memasuki fasa ketiga selepas fasa pertama dan kedua diselesaikan melalui pelbagai kaedah.

�Kini kerajaan negeri memasuki fasa ketiga, di mana melibatkan pula masyarakat Orang Asli. Kita berjaya menghapuskan golongan miskin tegar, namun begitu, golongan ini akan terus wujud disebabkan pelbagai faktor,� katanya.

Mengenai tanah adat terbiar yang ditanya Mohd. Kamil, Menteri Besar menegaskan, ia terbahagi kepada dua bentuk iaitu daratan dan sawah.

�Ada yang telah diusahakan untuk pertanian getah dan kelapa sawit, namun bagi tanah sawah kita mahu ia dikekalkan untuk tanaman ini.

�Bagaimanapun, ia sukar untuk dimajukan kerana tanah adat mempunyai bilangan pemilik yang ramai bagi satu bidang tanah. Kerajaan akan sentiasa membantu untuk memastikan tanah berkenaan dapat diusahakan,� tegasnya.

sumber : -cerito nogori 9

2012年12月15日 星期六

FAKTA: Kenapa Portugis Tidak Berani Serang Negeri-negeri Utara?



Bacalah artikel ini tatkala ramai anak muda yang tidak mengetahui SEJARAH. Kekuatan Bangsa bergantung kepada pengaplikasian Strategi Pembinaan Bangsa berdasarkan analisa terhadap Sejarah lampau........Al kisah bermula....
1508: Alfonso de al Buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja Portugis untuk meluaskan pengaruhnya ke Asia Tenggara ( Melaka pusat perdagangan Asia Tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan Timur Barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan 158 biji kapal dengan 15300 orang ( anggaran) bala tentera...

1509: Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan disana.

1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu). Ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15000 askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersaudara..Tapi setelah bersusah payah dapat juga Alfonso menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa�

1512: Setahun kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan Pulau Pinang, yang ketika itu adalah pusat pengeluaran tebu untuk dijadikan gula di rantau ini.

1513: Alfonso menghantar perisik ke Perlis, Kedah dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana. Mengikut sejarah, perisiknya menggunakan taktik minum di kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.

Seminggu selepas itu...

Perisik pulang ke Melaka untuk menceritakan hasil risikan kepada Alfonso. 

Di bawah adalah perbualan di antara perisik dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah Malaysia.
Perisik 1& 2: Selamat pagi tuan (Sambil tabik hormat)

Alfonso: Selamat pagi. Apa cer??

Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang tuan.

Alfonso: Kenapa kuat sangatkah mereka tu?? (Dengan nada marah dan bongkak)

Perisik 2: Untuk menawan Melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15000 bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang yang mempunyai beribu ribu hang tuan.

Perisik 1: Betul tu tuan!�Kalau tuan nak tau banyak benar hang antaranya hang sihat, hang buat apa, hang loklaq, hang apa khabar, hang lagu mana, hang pi mana, hang nak pi mana, hang tau dak, mak hang, adik hang, tok hang macam macam lagi hang ada kat sana yang saya dengar tuan!

Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak buat serangan disebabkan pengalamannya sebelum ini menentang 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri��Ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang di situ. Ape celop??

keh..keh...SAJE JER..

2012年12月12日 星期三

ISU KAD PENGENALAN : CUBAAN PEMBANGKANG KABURI KDN DAN RAKYAT! KDN JANGAN MELATAH!

Pembangkang memainkan isu perkauman dengan meletakkan nama Najib sebaggai Najib a/l Razak agar orang Melayu dan orang India di Malaysia merasa terhina! 
MHS menasihati Kementerian Dalam Negeri agar tidak cepat melompat dan melatah dengan cubaan pihak pembangkang yang sememangnya putar alam mengenai isu dakwaan 300,000 masyarakat India yang tidak mempunyai Kad Pengenalan. Kementerian Dalam Negeri juga dilihat tidak patut melayan pemegang-pemegang kad PR ini yang cuba menangguk air yang keruh! 

Apa yang perlu dibuat oleh KDN sekarang ini adalah bukan memberikan sewenang-wenangnya kad Pengenalan kepada pemegang PR ini, tetapi perlu menyiasat sedalam-dalamnya agar mereka tidak sewenang-wenangnya menyalahgunakan peluang untuk menjadi warganegara ini.

Apa yang dikhuatirkan adalah: 

1. Pihak Pembangkang sengaja membawa isu ini agar mereka yang menerima Kad Pengenalan ini akan mengundi Pakatan walhal asal usul pemegang Kad PR ini mungkin di'import' terus dari INDIA atau mana-mana negara luar untuk kepentingan politik Pakatan Pembangkang!

2.  Pembangkang memainkan isu kaum dalam pemberian kad pengenalan ini kerana nampaknya PR sengaja mahu melaga-lagakan kaum India dan Kaum Melayu di Negara ini serta mendakwa kaum INDIA didiskriminasi oleh Kerajaan Malaysia dengan menyatakan 300,000 masyarkat INDIA tiada kad pengenalan!!!!!! 

MHS yakin , apabila diminta untuk dibuktikan , pembangkang sedaya upaya akan mengimport ramai warga asing untuk mengaku mereka tidak dapat kad pengenalan! 

Ingatkah anda pembangkang pernah mempersoalkan pemberian kewarganegaraan kepada mereka yang sepatutnya menerima kad pengenalan seperti kes Mismah dan membandingkan Kerajaan Singapura memberi kerakyatan kepada mereka yang berjasa kepada negara Singapura tetapi Kerajaan Malaysia memberikan kerakyatan kepada sesiapa sahaja?! 

Apabila kerajaan menguatkuasa kan undang-undang dan memperketatkan pemberian kewarganegaraan , PEMBANGKANG berdegar-degar pergi berdemo kononnya ingin membela nasib pemegang Permenant Residence(PR) masyarakat India walhal asal -usul mereka yang mengaku rakyat Malaysia terbabit pun tidak diketahui malah apabila disuruh cakap Bahasa Kebangsaan pun mereka tidak tahu! 

BUAT APA KITA SIBUK NAK BAGI KAD PENGENALAN KEPADA PEMEGANG PR!!?? INI NEGARA KITA , KITA PUNYA PASALLAH WOI! SIAL PEMBANGKANG! 

0.05% GURU DISARAN DAPATKAN RAWATAN PSIKIATRIK

Seramai 235 orang guru atau lebih kurang 0.05% guru didapati perlu mendapatkan rawatan psikiatrik. Ada di antara mereka menghadapi gangguan emosi dan mental yang serius atau terpengaruh dengan gejala tidak bermoral LGBT.

Nauzubillah. Kerajaan perlu memandang serius akan perkara ini jika ia melibatkan gejala songsang LGBT. Hal ini kerana guru merupakan agen perubahan masyarakat. Tidak perlu sampai 235 orang, cukup seorang guru mampu untuk mengubah lanskap sosial pelajar dan apatah lagi 235 orang! 

Guru muda juga perlu diberi motivasi dan ilmu agama yang tinggi agar mereka dapat mendidik anak-anak bangsa dengan betul dan tidak menyimpang. Walaubagaimanapun, MHS nampak , guru-guru tertekan disebabkan masalah pelajar yang kompleks! 

ganbar hiasan: Ibu bapa tidak rela dan menolak fahaman LGBT yang cuba dihalalkan oleh parti tertentu di Malaysia


Sedutan Berita


 KUALA LUMPUR - Hanya 235 guru atau 0.05 peratus didapati bermasalah dan kini dimasukkan ke Jawatan Kumpulan selain disaran mendapatkan rawatan psikiatrik.
   
Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata perkembangan guru terbabit dipantau oleh pentadbir sekolah yang menyediakan laporan berkala kepada pihak berkepentingan termasuk Bahagian Psikologi dan Kaunseling kementerian.   

Kementerian menyediakan perkhidmatan sokongan sosial menerusi kaunselor organisasi secara berterusan bagi membantu guru yang menghadapi gangguan emosi dan mental yang serius atau terpengaruh dengan gejala tidak bermoral seperti lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT), katanya hari ini.
   
Beliau menjawab soalan Senator Datuk Johari Mat pada persidangan Dewan Negara di sini yang ingin tahu bentuk pemantauan yang dilakukan kementerian terhadap guru yang bermasalah atau terpengaruh LGBT.
   
Kata Mohd Puad, hasil intervensi kementerian, bilangan guru yang menghadapi gangguan mental berkurangan kepada 530 orang sahaja setakat ini, berbanding 774 pada 2009 dan 747 pada 2010.

Menjawab soalan tambahan Senator Jamilah Sulaiman, beliau berkata hanya 23.52 peratus guru menghadapi gangguan mental akibat stres organisasi iaitu tekanan kerja berbanding 76.47 peratus kerana faktor keturunan dan gangguan personaliti sebanyak 52.94 peratus.
   
"Dalam membantu meringankan beban guru pula, kementerian melalui jawatankuasa khas mengkaji beban tugas guru sentiasa mengambil tindakan terhadap syor-syor yang boleh dilaksanakan bagi mengurangkan beban tugas warga pendidik negara ini," katanya.
   
Ini katanya termasuk menetapkan guru hanya bertugas pada hari Sabtu sahaja dan menyediakan kakitangan sokongan supaya guru tidak melakukan tugas pengkeranian atau penjagaan stor sekolah. - Bernama

2012年12月10日 星期一

INDEKS RASUAH 2012: MALAYSIA KE TIGA DI ASEAN, KE SEMBILAN DI ASIA DAN KE 5 NEGARA-NEGARA ISLAM DI DUNIA!


Penambahbaikan ranking Malaysia dari kedudukan di tangga 60 pada tahun 2011 kini meningkat naik kepada tangga 54 bagi tahun ini berdasarkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI), merupakan satu berita gembira yang patut dialu-alukan.
Lebih-lebih lagi apabila ranking terbaru tahun 2012 ini turut meletakkan Malaysia di kedudukan yang jauh lebih baik berbanding ranking ke 56 selama dua tahun berturut-turut pada tahun 2009 dan 2010.
280px-Table_of_Malaysia's_Corruption_Perception_Index
Tambah membanggakan kita, Malaysia berada di tangga ketiga terbaik berbanding negara-negara ASEAN dan berada di kedudukan ke-9 baik bila dibandingkan dengan negara-negara lain di benua Asia.
Manakala dari segi perbandingan dikalangan negara-negara Islam pula Malaysia berada di tangga ke-5 terbaik berkongsi kedudukan dengan Turki. Bagaimana pun Iran yang sering dijadikan model negara Islam oleh PAS pula jauh terperosok ke bawah di kedudukan 133. 
Kalau anda mahu membaca lebih lanjut fakta CPI ini, anda boleh lah rujuk di : Persepsi Rasuah 
Apa yang penting adalah penghayatan rakyat mengenai bahaya rasuah dan kesedaran pemimpin dalam membendung rasuah. Usaha yang berterusan oleh pihak Kerajaan perlu diperkemaskan lagi agar gejala yang dihina Agama ini terus dibendung dan dibanteras! 
Jangan jadi "Paku dulang, Paku serpih, mengata orang, dia yang lebih" 
Samo-samolah dengan pihak kerajaan membenteras gejala ini! 
Petikan akhbar- 
Petikan Akhbar PRK Galas lanjut: Pas Rasuah



2012年12月5日 星期三

JOM MOHON PERUMAHAN PRIMA! MURAH!



 PETIKAN AKHBAR:
Petaling Jaya: Pendaftaran permohonan pemilikan rumah di bawah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) akan dilaksanakan secara online (dalam talian) mulai Sabtu ini, bagi proses pengundian.
Ia menggantikan sistem manual secara pos yang digunakan sebelum ini dan boleh diakses melalui laman web www.pr1ma.my selepas dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Pulau Pinang, Sabtu ini. 
Sistem pendaftaran yang bertujuan mengumpul data utama pemohon itu juga bertujuan mendapat maklumat mengenai permintaan rumah masa kini sesuai dengan kumpulan sasar yang ratarata mempunyai kemudahan internet. 

Ketua Pegawai Eksekutif Unit PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias, berkata selain menjadi cara utama untuk memohon, sistem ini juga akan menentukan kelayakan seseorang pemohon di samping memperoleh data lain seperti permintaan rumah masa kini, jenis rumah dan kemampuan mengikut tangga gaji tertentu.
�Ini bukan saja akan memudahkan pelaksanaan pembinaan mengikut permintaan terkini, malah dapat memastikan proses cabutan dijalankan dengan telus kerana ia akan dipantau firma akauntan bertauliah dalam mengendalikan audit dengan semua pemohon yang mempunyai peluang sama rata,� katanya dalam taklimat kepada media, di sini, semalam.
Mereka yang berminat memohon perlu mengikuti kriteria seperti mempunyai pendapatan isi rumah di antara RM2,500 hingga RM7,500 sebulan, warga negara Malaysia berumur 21 tahun ke atas dan tidak mempunyai rumah lebih dari satu.
Mutalib berkata, melalui peruntukan diberikan kerajaan, pihaknya akan memulakan pembinaan hampir 50,000 rumah PR1MA tahun depan khusus bagi individu bujang atau berkeluarga yang tinggal di kawasan bandar. 
Mereka yang layak diharap segera mendaftarkan diri dan pihaknya juga akan menjalankan beberapa proses cabutan undi dalam tempoh dua ke tiga bulan akan datang.
�Maklumat terkini mengenai pembukaan pembinaan baru di bawah projek PR1MA ini akan dimaklumkan kepada pemohon melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel mengikut pilihan kawasan mereka yang pilih ketika proses pendaftaran,� katanya.
Katanya, nama bagi pemohon yang sudah berdaftar akan kekal dalam sistem sehingga terpilih dalam cabutan untuk memiliki rumah, sebarang penambahan maklumat seperti pertukaran status boleh dikemas kini dari semasa ke semasa.

2012年11月29日 星期四

Cadangan Bernas Pemuda! #PAU2012


Saranan Ketua Pemuda UMNO yang mahukan sebarang bentuk latihan kepada generasi muda yang dapat memperkayakan generasi ini dengan pelbagai ilmu dan kemahiran tidak hanya diberikan oleh pihak Kerajaan tetapi juga diberikan oleh Syarikat-syarikat swasta secara menyeluruh adalah amat dipuji. 

Ia dapat dilakukan dengan cara menambah syarat pemberian kontrak kepada syarikat-syarikat hanya akan diberikan kepada syarikat-syarikat yang menawarkan program latihan industri kepada belia tempatan. 

Katanya: "Melalui pendekatan ini, tanggungjawab latihan kepada golongan muda tidak lagi akan menjadi tanggungjawab Kerajaan semata-mata. Pada masa yang sama, ia akan mewujudkan peluang pekerjaan dan mampu menyediakan prospek yang cerah untuk orang-orang muda yang sedang mencari pendedahan di dalam industri. "

Untuk makluman , golongan muda yang sering mencari latihan industri bukan sahaja tergolong daripada golongan mahasiswa dan graduan lepasan kolej sahaja ,  golongan muda daripada pelbagai cabang vokasional termasuk lepasan SPM juga sangat memerlukan latihan industri yang meluas dalam mempersiapsiagakan diri mereka di dalam alam pekerjaan sebenar. 

Apa-apa pun tahniah Ketua Pemuda UMNO! Banyak lagi cadangan yang diutarakannya. Sila Layari: 10 Cadangan Pemuda




2012年11月22日 星期四

RIZAB NEGARA CUKUP TAMPUNG 9.2 BULAN IMPORT TERTANGGUH! Kenali Fungsi Rizab Negara kepada #Malaysia

Rizab negara bagi Bank Negara Malaysia mencatat peningkatan sebanyak RM 293.4 bilion dalam tempoh kajian 2002-2012 iaitu daripada RM 131.5 Bilion kepada RM 424.9 Bilion pada tahun 2012. 

Antara fungsi Rizab Negara adalah untuk menstabilkan kedudukan mata wang negara iaitu Ringgit Malaysia untuk kekal stabil pada pasaran. 

Rizab negara yang banyak akan menstabilkan kedudukan ringgit Malaysia sekiranya diserang dengan sindrom kejatuhan nilai mata wang seperti mana yang berlaku di rantau asean termasuk Malaysia pada tahun 1997-1998 apabila mata wang serantau diserang manipulator mata wang asing iaitu George Soros.

Pihak Kerajaan juga boleh menggunakan kuantum daripada rizab negara untuk menyokong nilai ringgit sekiranya nilai ringgit diserang atau mengalami kemerosotan. Langkah-langkah ini perlu untuk mengekalkan keyakinan dalam sistem kewangan dan perbankan Malaysia serta membatu menarik Malaysia keluar daripada krisis kewangan. 

Rizab Negara yang banyak dipengaruhi oleh dasar kerajaan yang tepat dan betul serta iklim ekonomi negara yang kian berkembang. 

-MHS Reuter- 


Petikan Berita: 
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan rizab antarabangsanya berjumlah RM424.9 bilion atau bersamaan dengan AS$138.6 bilion sehingga 14 November. 
Dalam satu kenyataan, BNM berkata paras rizab itu memadai untuk membiayai 9.2 bulan import tertangguh dan 4.2 kali hutang luar negeri jangka pendek. - BERNAMA 

2012年11月21日 星期三

BERITA GEMBIRA BUAT PENJAWAT AWAM, TETAPI PERLULAH DENGAN KAJIAN YANG TERPERINCI!


Naik gred secara automatik diperluas: KSN

Begitulah kira-kiranya yang difikirkan oleh Datuk Seri Ali Hamsa yang sedang menunggu Laporan Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam (SKMTPA) yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi.

Perkara ini ternyata punya baik dan buruknya. Ada sesetengah tempat pekerjaan sememangnya memerlukan Naik Pangkat secara Time Base kerana terdapat ruang yang sangat sedikit bagi penjawat awam tersebut untuk dinaikkan pangkat dek kerana jumlah mereka yang ramai umpanya guru yang mempunyai ketumbukan sekitar 400,000 orang. 

Walaubagaimanapun, sekiranya ianya dilaksanakan di tempat kerja yang seimbang (Iaitu tidak terlalu ramai dan tidak terlalu sedikit nisbah penjawat awam dengan pangkat yang disediakan) , ada baiknya persaingan secara positif bagi kenaikan pangkat dilaksanakan dan bukan Time-Based. Hal ini kerana , ia akan dapat meningkatkan taraf kompetensi seseorang penjawat awam sekaligus meningkatkan kecekapan jabatan dan negara. 

Sekarang ini, banyak perubahan telah berlaku di dalam sektor awam, tetapi masih ada lagi ruang transformasi untuk dilaksanakan.

Kerajaan memerintah sentiasa mengambil berat tentang kebajikan penjawat awam. Tidak seperti seorang pemimpin DAP yang pernah mengatakan akan membuang sebahagian penjawat awam daripada sektor awam.  

MHS mengucapkan selamat maju jaya kepada semua penjawat awam. 


Kewibawaan anda , sejahtera negara!


BERITA PENUH: 

Kluang: Seramai 1.42 juta kakitangan awam berpeluang menikmati kenaikan gred tanpa temu duga berikutan cadangan kerajaan memperluaskan kenaikan gred secara automatik.
Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata cadangan menaikkan gred berdasarkan �time base� itu sedang diteliti sebelum dilaksanakan untuk semua sektor awam. 
"Cadangan ini sedang dikaji dan kita akan perkenalkan secara menyeluruh selepas semua kekangan terutama dari segi perbelanjaan dikaji sepenuhnya. Kita kena ambil kira hasil dan perbelanjaan negara,� katanya. 
Beliau berkata pihaknya perlu menunggu laporan Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam (SKMTPA) yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi.
"Suruhanjaya khas itu sedang mengkaji cadangan berkenaan dan akan menyerahkan laporan mengenai skim kerajaan serta perkhidmatan awam pada 31 Disember nanti," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab pada Majlis Amanat dan Sesi Interaksi bersama Penjawat Awam Daerah Kluang, di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Wilayah Selatan, di sini semalam. 
Sebelum ini, hanya penjawat awam di sektor pendidikan dan kesihatan menikmati kenaikan gred berdasarkan time base tanpa perlu menghadiri temu duga.

2012年11月16日 星期五

MALAYSIA AKAN LABUR RM26.09b lagi!


PM umum 20 projek ETP, tiga koridor ekonomi


Mari kita sama-sama doakan agar Malaysia berjaya. Tahukah anda, jika Projek di bawah Transformasi ini berjaya BR1M akan tidak lagi hanya RM500.00! 


PUTRAJAYA 16 Nov. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 20 projek di bawah Program Transformasi Ekonomi serta tiga Koriodor Ekonomi dengan nilai pelaburan sebanyak RM26.09 bilion menjelang 2020.
Najib berkata projek berkenaan akan menyumbang RM10.07 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK) dan mewujudkan 64,282 pekerjaan.
Semasa mengumumkan perkembangan terkini ETP yang terakhir bagi tahun ini, Najib berkata 11 projek utama di bawah ETP akan menyumbang RM1.129 bilion kepada PNK, RM6.68 bilion pelaburan dan mewujudkan 40,021 pekerjaan.
Sementara itu, sembilan projek di bawah Koridor Ekonomi akan menyumbang RM8.95 bilion kepada PNK, RM 19.41 bilion pelaburan dan mewujudkan 24,261 pekerjaan. Najib berkata meskipun ketidaktentuan global yang berterusan, Malaysia kekal sebagai destinasi menarik untuk pelaburan dan pertumbuhan negar akekal kukuh.
Dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Minyak, Gas dan Tenaga, Najib berkata Seaport Worldwide Sdn Bhd akan melabur lebih RM1 bilion dalam membangunkan fasa satu projek Petrokimia dan Maritim Tanjung Bin.
Meliputi kawasan seluas 2,255 ekar, kawasan itu diwarta sebagai Zon Perdagangan Bebas dengan tempoh pajakan 99 tahun, kata beliau.
?Ia akan melengkapkan projek-projek lain di Johor, yang akan memacu wawasan Malaysia untuk menjadi hab perdagangan dan penyimpanan petroleum Asia Pasifik," kata beliau.
Dalam NKEA Greater Kuala Lumpur, Nusa Gapurna Development Sdn Bhd akan melabur RM5.23 bilion dalam projek besar untuk menjana dan mencergaskan semula bandar lama Petaling Jaya.
"Pembangunan bandar PJ Sentral Garden yang akan meliputi kawasan seluas kira-kira 40 ekar bersedia untuk menjadi kawasan perniagaan hijau yang baharu di Selangor, menyokong Kuala Lumpur dan hab perniagana lain di sekitar bandar raya dan negeri," kata beliau. - BERNAMA

*Bukan sekadar retorik semata-mata! Sama-sama kita nantikan!