2012年11月18日 星期日

UMNO TIADA AGAMA: NIK AZIZ PELIK TETAPI BENAR.SILAP SIAPA?

Sikap Nik Aziz yang terpaksa menuduh UMNO menolak Islam bukannya sukar untuk diduga. Kesilapan adiknya yang berdoa ingin menghancurkan UMNO bersama penyokong-penyokongnya yang dikecam habis oleh rakyat marhain telah menyebabkan Nik Aziz terpaksa mempertahankan adindanya itu. 

Masakan beliau mahu menjilat kembali ludah yang telah dihambur oleh adiknya itu dengan menyatakan salah Adiknya itu berdoa sebegitu rupa? 

Maka secara spontannya terpacullah dari mulutnya bahawa :

1. "UMNO tolak Islam"
2. Bila UMNO Tolak Islam, maka UMNO itu kristian, Kaffir dan Tiada Agama 
3. Tiadakah lain-lain cara yang lebih berhemah untuk berdakwah #UMNO kepada kebaikan? 

Persoalannya: 

Semoga Nik Aziz tidak memaki hamun lagi pabila dia ingat akan perkara ini... 
1. Begitu mudah hukuman Tiada Agama dilabel oleh beliau kepada orang yang beragama Islam dan sebangsa dengannya? 

2. Adakah dek kerana tidak berpuas hati dengan bayaran royalti minyak , orang-orang #ISLAM boleh dihukum KAFIR? 

3. Sesat sangatkah UMNO berbanding DAP sehingga menghukum kepimpinan ini sebegitu rupa? 


Petunjuk: 


1. Dengan berlakunya polemik tuduh menuduh, hukum menghukum ini, #PAS ternyata sebenarnya berada di bawah tekanan politik yang maha dahsyat. 

2. Dato' Seri Najib dan barisan kepimpinannya tidak langsung menyentuh keperibadian Nik Aziz, tetapi secara tiba-tiba selepas mu'tamar mereka adegan doa menghancurkan #UMNO dan menuduh #UMNO tiada agama berlaku membuktikan mereka tidak boleh menjadi seorang pemimpin yang berwibawa sekaligus mencalar reputasi #PAS sebagai sebuah parti yang kononnya membawa #ISLAM tetapi kini sebagai parti yang celupar dan biadap di mata masyarakat ISLAM. 

3. Pimpinan #PAS lebih mementingkan emosi berbanding rasional.Adakah ini dapat diterima di dalam sebuah negara yang berbilang kaum?

4. Dengan cara emosional, adakah rakyat dari kalangan Cina dan India dapat mengikut rentak kepimpinan PAS? 

Tatkala dihadapan pemimpin DAP dan PKR , PAS hanya bercakap mengenai Negara berkebajikan dan tidak dinyatakan mana letaknya Hudud secara jelas , tetapi di hadapan penyokong sendiri menyatakan akan melaksanakan Hudud, politik Islam jenis apakah ini? 

Hudud sebagai strategi Pelaris semata-mata? 






沒有留言:

張貼留言