顯示具有 #PAU2012 標籤的文章。 顯示所有文章
顯示具有 #PAU2012 標籤的文章。 顯示所有文章

2012年11月29日 星期四

Cadangan Bernas Pemuda! #PAU2012


Saranan Ketua Pemuda UMNO yang mahukan sebarang bentuk latihan kepada generasi muda yang dapat memperkayakan generasi ini dengan pelbagai ilmu dan kemahiran tidak hanya diberikan oleh pihak Kerajaan tetapi juga diberikan oleh Syarikat-syarikat swasta secara menyeluruh adalah amat dipuji. 

Ia dapat dilakukan dengan cara menambah syarat pemberian kontrak kepada syarikat-syarikat hanya akan diberikan kepada syarikat-syarikat yang menawarkan program latihan industri kepada belia tempatan. 

Katanya: "Melalui pendekatan ini, tanggungjawab latihan kepada golongan muda tidak lagi akan menjadi tanggungjawab Kerajaan semata-mata. Pada masa yang sama, ia akan mewujudkan peluang pekerjaan dan mampu menyediakan prospek yang cerah untuk orang-orang muda yang sedang mencari pendedahan di dalam industri. "

Untuk makluman , golongan muda yang sering mencari latihan industri bukan sahaja tergolong daripada golongan mahasiswa dan graduan lepasan kolej sahaja ,  golongan muda daripada pelbagai cabang vokasional termasuk lepasan SPM juga sangat memerlukan latihan industri yang meluas dalam mempersiapsiagakan diri mereka di dalam alam pekerjaan sebenar. 

Apa-apa pun tahniah Ketua Pemuda UMNO! Banyak lagi cadangan yang diutarakannya. Sila Layari: 10 Cadangan Pemuda




2012年11月28日 星期三

PERWAKILAN MAHUKAN PRU 13! #PAU2012


Gemuruh Dewan PWTC dengan semangat perwakilan UMNO dengan jeritan:"Bubar, Bubar, Bubar" yang mahukan Pilihanraya diadakan supaya mandat penuh diperolehi UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional.  
Najib dalam ketika itu dilaporkan berkata bahawa UMNO telah berubah dan melontarkan kembali adakah ahli sudah bersedia? Perwakilan menjawab "Sudah!"
MHS berharap Pasukan UMNO bagi menghadapi PRU 13 ini adalah pasukan yang mantap baik dari segi sokongan mahupun mereka yang akan bertanding. Tiada perbuatan sabotaj dibenarkan sama sekali di dalam PRU terpenting ini! 
Allahuakbar! 

Laporan Akhbar: 
 Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Umno, parti yang diketuai sejak Mac 2009, sudah mengalami perubahan sepenuhnya dan kini bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang akan diadakan tahun depan.
Mesej beliau itu disambut dengan laungan para perwakilan parti agar Parlimen dibubar sekarang bagi mendapatkan mandat rakyat.

"Umno sudah berubah (sepenuhnya)," kata Presiden Umno dan Perdana Menteri ini memulakan ucapan dasarPerhimpunan Agung Umno (AGM) 2012 di Dewan Merdeka hari ini.


Ketika Najib mengajukan soalan sudah bersedia tiga kali, perwakilan dan pemerhati yang membanjiri Dewan Merdeka melaungkan, "bubar, bubar, bubar..."
Dengan senyuman Najib menjawab,"sudah bersedia? Sudah bersedia? Sudah bersedia?
Disambut perwakilan "sudah"

Bila? Esok? Tahun depan?," tambah Najib

Kemudian Najib berkata, beliau mahu dan yakin Umno akan kembali bersidang di Dewan Merdeka tahun depan dengan membentuk kerajaan.
"Kita akan kembali kepada rakyat untuk mendapatkan mandat dan kita akan kembali berhimpun di dewan ini tahun depan dengan membentuk kerajaan," kata beliau lagi.
"Jelas sekali terasa, parti kita telah semakin pulih semangatnya. Kita yakin bahawa jentera parti pula, daripada peringkat cawangan, bahagian, perhubungan sehinggalah ke peringkat Kebangsaan telah pun bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum yang bakal diadakan. 
"Namun begitu, dalam pada kita sedang memupuk semangat juang yang marak dan membara ini, janganlah alpa pada kisah-kisah lalu. 
"Beringatlah, Pilihan Raya Umum ke-12 Mac 2008 merupakan pengalaman yang sungguh pahit, sungguh kelat, dalam episod politik Umno dan Barisan Nasional," kata beliau.

Kata Najib, "apa yang pasti, kita tidak boleh banyak berbicara dan bertangguh-tangguh lagi. Kita perlu memperhebatkan tindakan dan menggandakan usaha."

Mandat Kerajaan Pusat akan berakhir 28 April depan.

Ketika berucap pada sesi Taklimat Presiden kelmarin, Najib dikatakan mengesahkan PRU13, yang sebelum ini Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan sebagai "ibu segala pilihan raya", tidak akan diadakan bulan depan.

AGM Umno tahun ini dilihat akan memberi tumpuan dan fokus mendalam ketika seluruh negara bersiap sedia untuk menghadapi PRU13.