2012年11月21日 星期三

BERITA GEMBIRA BUAT PENJAWAT AWAM, TETAPI PERLULAH DENGAN KAJIAN YANG TERPERINCI!


Naik gred secara automatik diperluas: KSN

Begitulah kira-kiranya yang difikirkan oleh Datuk Seri Ali Hamsa yang sedang menunggu Laporan Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam (SKMTPA) yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi.

Perkara ini ternyata punya baik dan buruknya. Ada sesetengah tempat pekerjaan sememangnya memerlukan Naik Pangkat secara Time Base kerana terdapat ruang yang sangat sedikit bagi penjawat awam tersebut untuk dinaikkan pangkat dek kerana jumlah mereka yang ramai umpanya guru yang mempunyai ketumbukan sekitar 400,000 orang. 

Walaubagaimanapun, sekiranya ianya dilaksanakan di tempat kerja yang seimbang (Iaitu tidak terlalu ramai dan tidak terlalu sedikit nisbah penjawat awam dengan pangkat yang disediakan) , ada baiknya persaingan secara positif bagi kenaikan pangkat dilaksanakan dan bukan Time-Based. Hal ini kerana , ia akan dapat meningkatkan taraf kompetensi seseorang penjawat awam sekaligus meningkatkan kecekapan jabatan dan negara. 

Sekarang ini, banyak perubahan telah berlaku di dalam sektor awam, tetapi masih ada lagi ruang transformasi untuk dilaksanakan.

Kerajaan memerintah sentiasa mengambil berat tentang kebajikan penjawat awam. Tidak seperti seorang pemimpin DAP yang pernah mengatakan akan membuang sebahagian penjawat awam daripada sektor awam.  

MHS mengucapkan selamat maju jaya kepada semua penjawat awam. 


Kewibawaan anda , sejahtera negara!


BERITA PENUH: 

Kluang: Seramai 1.42 juta kakitangan awam berpeluang menikmati kenaikan gred tanpa temu duga berikutan cadangan kerajaan memperluaskan kenaikan gred secara automatik.
Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata cadangan menaikkan gred berdasarkan �time base� itu sedang diteliti sebelum dilaksanakan untuk semua sektor awam. 
"Cadangan ini sedang dikaji dan kita akan perkenalkan secara menyeluruh selepas semua kekangan terutama dari segi perbelanjaan dikaji sepenuhnya. Kita kena ambil kira hasil dan perbelanjaan negara,� katanya. 
Beliau berkata pihaknya perlu menunggu laporan Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam (SKMTPA) yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi.
"Suruhanjaya khas itu sedang mengkaji cadangan berkenaan dan akan menyerahkan laporan mengenai skim kerajaan serta perkhidmatan awam pada 31 Disember nanti," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab pada Majlis Amanat dan Sesi Interaksi bersama Penjawat Awam Daerah Kluang, di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Wilayah Selatan, di sini semalam. 
Sebelum ini, hanya penjawat awam di sektor pendidikan dan kesihatan menikmati kenaikan gred berdasarkan time base tanpa perlu menghadiri temu duga.

沒有留言:

張貼留言