2012年11月27日 星期二

ASPAN ALIAS MEROYAN TIDAK DAPAT PERGI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO #UMNO

Aspan Alias seakan meroyan dengan ucapan dan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikatakan banyak menghentam pihak pembangkang. Apa yang diucapkan oleh Timbalan Presiden UMNO itu adalah FAKTA yang rakyat umum perlu tahu.

Jikalau ada fitnah,  MHS sarankan pembangkang saman Timbalan Presiden UMNO tersebut. 


FAKTA: 

"Selama ini pun PAS sedar, sepanjang 12 kali pilihanraya umum, bilangan kerusi yang mereka tandingi kebanyakannya kurang separuh daripada jumlah keseluruhan kerusi di Parlimen. Misalnya, dalam pilihanraya tahun 1969, PAS bertanding di hanya 62 daripada 144 kerusi Parlimen, tahun 1990 bertanding di 29 daripada 180 kerusi parlimen, tahun 1995 bertanding di 59 daripada 192 kerusi parlimen, tahun 1999 bertanding di 59 daripada 193 kerusi parlimen, tahun 2004 bertanding di 85 daripada 219 kerusi parlimen, dan tahun 2008 bertanding di hanya 66 daripada 222 kerusi parlimen. 


Ironinya, jika PAS menang di semua kerusi yang ditandingi sekalipun, PAS tidak boleh membentuk kerajaan untuk menegakkan negara Islam seperti yang dicanangkan. Apatah lagi, pencapaian terbaik PAS ialah memenangi 26 kerusi dalam pilihanraya umum 1999. Saudara-saudari, PAS hanya menang semua kerusi yang ditandingi sewaktu berada dalam Barisan Nasional dalam pilihanraya 1974. Manakala, dalam semua pilihanraya yang lain, jumlah kerusi yang PAS kalah lebih besar daripada jumlah kerusi yang dimenangi. "


PERSOALAN: 

"Adakah salah seorang pemimpin Parti (untuk pengetahuan Aspan Alias, UMNO adalah sebuah parti) untuk menyalurkan fakta yang benar kepada penyokong-penyokongnya dan menyelar pembohongan yang dilakukan oleh pihak pembangkang? 

Sedangkan pemimpin-pemimpin pembangkang selalu menabur fitnah menyelar kepimpinan UMNO ke seluruh pelusuk tanahair walaupun tiada bukti !?" 

Ingat, Aspan, ini adalah fakta: 

1. Tahun 1969, PAS bertanding di hanya 62 daripada 144 kerusi Parlimen

2. Tahun 1990 bertanding di 29 daripada 180 kerusi parlimen

3. Tahun 1995 bertanding di 59 daripada 192 kerusi parlimen

4. Tahun 1999 bertanding di 59 daripada 193 kerusi parlimen

5. Tahun 2004 bertanding di 85 daripada 219 kerusi parlimen

6. Tahun 2008 bertanding di hanya 66 daripada 222 kerusi parlimen

7. Tahun 2012 katanya 70 kerusi sahaja, betul ke??? 

lagi sekali: 

Ironinya, jika PAS menang di semua kerusi yang ditandingi sekalipun, PAS tidak boleh membentuk kerajaan untuk menegakkan negara Islam seperti yang dicanangkan. 

Apatah lagi, pencapaian terbaik PAS ialah memenangi 26 kerusi dalam pilihanraya umum 1999. 

Saudara-saudari, PAS hanya menang semua kerusi yang ditandingi sewaktu berada dalam Barisan Nasional dalam pilihanraya 1974.



沒有留言:

張貼留言