2012年11月30日 星期五

KELANTAN KE JOHOR : MAT YO TUKAR NAMA JADI WAK LAN

Norshahrul Idlan Talaha yang begitu sinonim dengan gelaran Mat Yo, kini dikenali sebagai Wak Lan di Johor. Nama 'WAK' bermaksud Pakcik / uncle yang berasal dari perkataan Jawa yang menjadi majoriti rakyat di Johor manakala 'Lan' pula diambil daripada nama kedua nya iaitu Idlan. 

Penghijrahan Wak Lan ke Johor nyata menggembirakan seluruh peminat Harimau Selatan malah mengaharapkan penghijrahan Wak Lan ke Selatan dapat memperbaiki mutu pasukan Johor yang kian malap ketika ini. 

Pengerusi Johor Fan Club Ghazali Samad berkata sebanyak 434 respons peminat diterima yang memberi jolokan baru buat pemain Paling Berharga tiga kali berturut-turut itu. 

diolah daripada Sinar Harian Edisi Johor Sabtu 1/12/2012

沒有留言:

張貼留言