2012年11月21日 星期三

PELIK ! MENGAPA HEZBOLLAH TIDAK MEMBANTU HAMAS?! 1 ANALISIS-

Hezbollah yang mempunyai kapasiti menyerang dengan kedudukan 40,000 roket dan peluru berpandu misil tidak meletakkan bala tenteranya pada kedudukan menyerang ISRAEL dan tidak membantu Hamas di dalam peperangan ini. Hezbollah seolah-olah tidak mahu mencampuri konflik HAMAS-ISRAEL padahal mereka mampu untuk melakukan kemusnahan yang teruk kepada pihak Israel sepertimana yang dilakukannya pada tahun 2006. 


Kebanyakan Penganalisis percaya bahawa Hezbollah yang telah menguasai Kerajaan Lebanon lebih 4 tahun , mempunyai tanggungjawab kepada kerajaannya, rakyatnya dan negaranya dan khuatir sekiranya mereka masuk campur di dalam konflik HAMAS-ISRAEL ia akan membawa Lebanon kepada kancah peperangan.  

Kebanyakan Penganalisis Barat berpendapat bahawa Hezbollah sekarang seperti bekerja mengikut jadual sendiri dan tidak mencampuri konflik HAMAS-ISRAEL tersebut. Walaubagaimanapun, penganalisis percaya bahawa ini bukan petunjuk bahawa Hezbollah sudah mahu berbaik-baik dengan Israel. Mereka masih berpendapat, Hezbollah sedang menyeimbangkan keperluan negara dan rakyatnya selaku kerajaan, kestabilan sekutu rapatnya iaitu Presiden Assad di Syria dan kestabilan Iran selaku negara pengeluar senjata dan teknologi di rantau berkenaan.

Walaubagaimanapun , Konflik di Syria juga merupakan ramuan yang tidak 'membenarkan' Hezbollah bertindak agresif kerana Syria , sekutu Hezbollah sedang bergelut dengan masalah dalaman perang saudara yang teruk. 

Mesir dalam ketika ini dipimpin oleh Ahmad Morsi dilihat berseorangan dalam membantu konflik di Gaza di rantau berkenaan. Ini dapat dilihat dengan pembukaan pintu-pintu sempadan di Mesir kepada pelarian Palestin yang sebelum ini memperlihatkan pintu -pintu sempadan tidak akan dibuka jika Palestin dibedil oleh tentera Israel yang ganas. 


Tentera Hezbollah

Roket Hezbollah
Apa-apa pun pergolakan di rantau berkenaan, nampaknya tidak banyak perubahan dari aspek kesepaduan negara-negara Arab untuk mengecutkan perut Negara Yahudi Laknatullah tersebut kecuali adanya pakatan sulit di antara Hezbollah dan Iran yang sememangnya menunggu masa yang sesuai untuk menyerang ISRAEL, Wallahualam. 

Kita mendoakan negara-negara Islam di dunia ini bersatu dalam membela nasib orang-orang ISLAM yang ditindas dan disembelih saban hari di Gaza. Cuba anda bayangkan sekiranya Mesir, Iran, Syria, Arab Saudi, Lebanon(Hezbollah) bergabung di rantau arab itu dan menyerang ISRAEL, MHS yakin Israel tidak akan berani tunjuk muka menyembelih orang-orang Palestin lagi. Negara-negara Islam yang berada di luar rantau arab seperti Malaysia , Indonesia dan Brunei juga mungkin akan membantu. Namun percayalah, perkara ini pasti akan berlaku. Kemenangan Tentera ISLAM sudah semakin hampir... Allahuakbar.. wassalam.. 

MHS menyarankan kita banyak menyedekahkan Al Fatihah dan Surah Al Ikhlas buat  Mujahedeen dan masyarakat Islam Gaza yang sedang berjuang mempertahankan akidah , tanah dan maruah Islam dari terus dirobek oleh anjing-anjing Israel.. 


沒有留言:

張貼留言