2012年11月27日 星期二

SELERA BESAR LAOS! #AFFSuzukiCup #HarimauMalaya

Selepas cemerlang mengikat Indonesia dengan keputusan seri 2-2 dan melihat Harimau Malaya kecundang di tangan Singapura 3-0 , Laos melancarkan serangan psikologi kepada pasukan negara dan penyokong Malaysia dengan menyatakan mahu kemenangan berpihak kepada mereka pada perlawanan ini dengan bermain 110% .

MHS berharap, Laos bakal dibelasah skuad negara bagi meniupkan kembali harapan dan semangat para pemain dan penyokong bagi mengekalkan kejuaraan kali ini. Amin! 



Pasti Malaysia tertekan selepas tewas kepada Singapura: Kimura

Kuala Lumpur: Laos berselera besar mahu menewaskan Malaysia pada perlawanan kedua, Kumpulan B Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini. 


Selepas hampir memalukan Indonesia pada perlawanan pertama Ahad lalu yang berakhir dengan keputusan seri 2-2, pengendali Laos, Kokichi Kimura yakin anak buahnya mampu beraksi lebih baik menentang tuan rumah yang juga juara bertahan.

Saya pasti Malaysia akan bermain 100 peratus, tetapi kami akan bermain 110 peratus" - Kokichi Kimura, Jurulatih Laos

�Saya pasti Malaysia yang tertekan selepas tewas kepada Singapura akan bangkit memburu kemenangan, tetapi kami sudah bersedia,� kata Kimura pada sidang media, semalam.

Aksi 110 peratus

�Malaysia dan Indonesia tidak banyak beza, saya mungkin akan melakukan sedikit perubahan taktikal untuk perlawanan ini.

�Saya pasti Malaysia akan bermain 100 peratus, tetapi kami akan bermain 110 peratus. Saya harap ia bakal menjadi permainan menarik dan kemenangan berpihak kepada kami,� katanya. 
Laos yang menduduki ranking ke-179 dunia melakukan kejutan pada perlawanan sulung kempen kali ini apabila dua kali mendahului Indonesia menerusi permainan pantas dan tersusun.

Kimura yang mula mengendali skuad Laos sejak Julai lalu mempertaruhkan barisan pemain muda pada kejohanan kali ini dan selepas aksi pertama Kumpulan B, kehadiran pasukan kerdil Asia Tenggara itu tidak lagi boleh dilabel sebagai pasukan belasahan. -bharian- 

沒有留言:

張貼留言