2012年11月17日 星期六

GEMPAR! SANGAT WAJIB DIBACA MUSLIM: ISRAEL BUKTIKAN KEAGUNGAN ALQURAN DI ZAMAN MODEN!

ISRAEL BUKTIKAN KEAGUNGAN AL QURAN DAN HADITH NABI MUHAMMAD SAW!
Dengan Nama Allah yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang... 

Sebelum MHS memulakan artikel kali ini, marilah kita renung ayat ALLAH yang Maha Agung ini: 

?????? ????????? ???????? ???? ????? ???????????? ?????? ??????? ???????? ???????? ????? ???????? ? ??????? ????? ??????? ????????? ??????????? AL Maidah, Ayat 78

Maksud:

Telah dilaknat orang kafir dari Bani Israel,menerusi lisan Daud dan Isa anak Maryam,adalah kerana tabiat mereka yang sering durhaka dan melampaui batas.

Serangan Israel terhadap rakyat Palestin di Bandar Gaza pada malam Awal Muharam 1434H dan masih berterusan sehingga kini membuktikan bahawa Al Quran itu Benar, Kalam Allah itu Benar dan merupakan bukti nyata yang terang dan jelas yang dapat disaksikan oleh Masyarakat Akhir Zaman.

Mukjizat Al Quran menerusi banyak ayat yang mengisahkan tentang bangsa yang dinamakan Bani Israel ini telah dibuktikan bukan sahaja terhadap orang Islam tetapi juga kepada seluruh ummat manusia ketika ini. 

Perkara ini juga tidak akan tamat selagi mana pertelagahan Umat Islam sesama sendiri tidak lagi reda. Kejayaan tidak akan tercapai selagi mana umat Islam berpecah dan perpaduan ummah tidak dapat dicapai. 

Mari kita saksikan Hadith Rasulullah ini: 

Dari Amir bin Saad dari bapanya r.a katanya: �Pada suatu hari Rasululah s.a.w datang dari daerah perbukitan. Ketika baginda sampai di Masjid Bani Mu�awiyah baginda masuk ke masjid tersebut lalu solat dua rakaat. Kami pun solat bersama-sama dengan baginda.
Baginda berdoa kepada Tuhan panjang sekali. Setelah berdoa baginda berpaling kepada kami lalu bersabda:
�Aku memohon kepada Tuhan tiga perkara. Dia memperkenankan dua perkara dan menolak satu perkara. Aku memohon kepada Tuhan supaya jangan membinasakan umatku dengan musim susah yang panjang. Maka diperkenankan. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang melanda umat Nabi Nuh atau seperti tentera dan Raja Firaun yang ditenggelamkan di lautan), permohonanku itu diperkenankan-Nya juga. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan kerana pertentangan sesama mereka. Permohonan ini tidak diperkenankan.�(Bukhari)
Sekali lagi diulangi amaran Rasulullah SAW 1400 tahun yang lalu: 
".... Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan kerana pertentangan sesama mereka. Permohonan ini tidak diperkenankan.� (Bukhari)

 Kesimpulan: Selagi Negara-negara Arab tidak bersatu atas dasar akidah yang satu, selagi negara-negara Islam tidak bersatu atas dasar akidah yang satu, selagi Hamas dan Fatah tidak bersatu atas akidah yang satu, selagi UMNO dan PAS tidak bersatu atas akidah yang satu, Maka musuh-musuh ISLAM masih lagi akan berkuasa.... cth terbaik : ISRAEL.. 


Malaysia menerusi Kementerian Luarnya mengecam keras serangan Israel terhadap Gaza. Terbaharu Najib Razak memohon kedua-dua pihak menghentikan serangan.... 
GESAAN MALAYSIA:
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia amat bimbang dengan perkembangan keganasan yang tercetus di Gaza. 
"Kami menggesa kedua-dua pihak yang terlibat supaya menghentikan segala aktiviti keganasan itu agar tidak ada lagi nyawa orang awam terkorban," katanya menerusi entri terkini dalam blog 1Malaysia, hari ini. Beliau berkata aktiviti keganasan itu, sekali gus menunjukkan betapa perlunya proses perdamaian di Asia Barat. 
"Untuk itu, kami juga menggesa campur tangan daripada kuasa besar dunia bagi menjamin keamanan di wilayah itu," katanya. 
Perdana menteri berkata Malaysia juga sentiasa bersedia untuk membantu dalam apa jua keadaan agar proses perdamaian yang diharap dapat dilaksana. - BERNAMA

Kita wajib bersatu!


 Barulah ini berlaku! 

Kehancuran Musuh Allah dan Musuh Islam dengan hanya penyatuan hati umat Islam kerana ALLAH..

Bukan menadah tangan untuk menghancurkan sesama sendiri... 

 Sebagai orang ISLAM , kita wajib berdoa... agar penyatuan Ummah berlaku...ALLAHUAKBAR!

沒有留言:

張貼留言