顯示具有 pkr 標籤的文章。 顯示所有文章
顯示具有 pkr 標籤的文章。 顯示所有文章

2012年12月19日 星期三

IMBAUAN STRATEGI 2008, IFC. DULU ORANG-ORANG PAS MENENTANG, SEKARANG MEREKA BERSEKONGKOL.

Ambiga dianugerahi "Legion of Honour" kerana usahanya dalam Penyebaran Fahaman HAK ASASI MANUSIA yang sempit . Kes Terkenal: Pemurtadan Lina Joy
Jangan Terkejut kalau anda dapat emel berantai ini lagi. Dulu PR terutamanya PAS menentang IFC ini dan menjadi modal Pembangkang untuk menghasut orang-orang Melayu yang kononnya Kerajaan Malaysia meredhai penubuhan IFC. 

Sekarang ini pula, emel yang sama disebarkan secara meluas kepada emel2 orang Melayu khasnya penjawat awam. Ketua IFC,  Ambiga juga terang-terangan berjuang bersama PAS dan PKR. 

Apabila diungkit perkara ini, boleh pulak mereka jawab, itu isu lain, sekarang isu lain.Mereka kata lagi, mereka sokong AMBIGA untuk isu lain.  Agaknya boleh berubah-ubah dalam perjuangan Islam asalkan poket berisi. Kalau dulu , mereka mencemuh IFC kaw-kaw punya! Sekarang asal sebut IFC, ia umpama Kryptonite kepada PAS. PAS jadi lemah. apa sebabnya, susah nak cakap. So mari lah kita imbau propaganda mereka tahun 2004 - 2006  yang membawa kepada PRU 12 pada 2008 yang lalu sehingga mereka dapat negeri-negeri Melayu.. 


Inilah emel-emel yang dikeluarkan propaganda mereka pada PRU 2008. Secara Halus menyatakan Kerajaan Malaysia tunduk dengan tuntutan IFC. KENALI kehipokritan PAS dalam isu ini! 
TOLONG BACA KAWAN-KAWAN DAN SEBARKAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM TAK KIRA DIMANA BERADA.!!!!!!!!! 
Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila 
berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni?? Patut laa ada yang kata tak nak ada anak. Bukan takut nak beranak, tapi takut ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!! 
Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC .Pelik macam mana 50 ahli parlimen Melayu Islam boleh bersetuju usul ini!  Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia. 
Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?... Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia. 
Antaranya: 
1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan 
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun - Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara. 
2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa minta di'tiada'kan. 
3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam. 
4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam. 
5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam. 
6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam. 
7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain - mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar 
8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam. 
9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka. 
10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang. 
11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara. 
12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium Muslim 
Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?..
------------------------------------------------------------------------- Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: 'Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain. 
Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut) 

**SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE 'DIWAJIBKAN' POST KEPADA SAUDARA MUSLIM LAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM KITA DAPAT TAHU TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKAN ISLAM 

2012年12月18日 星期二

KUBOR MELAYU PON DAP KOREK!!!

Selepas menolak Melayu di dalam Parti DAP, sekali lagi mereka menolak Melayu . Malangnya , orang Melayu yang ditolak DAP adalah orang-orang Melayu yang sudah meninggal dunia di tanah kubur Orang-orang Islam di Pulau Pinang. 

Ini Simbolik apa lagi wahai DAP?! 

Pendedahan Pisau.Net 

Regim DAP Pulau Pinang yang kita semua tahu chauvanis ultrakiasu dan rasis hari ini sekali lagi bertindak menindas umat Islam .


Terkini kerajaan regim ini telah meluluskan agar 10-15 kubur umat Islam di Tanah Perkuburan Boundry dihancurkan demi menurut kehendak pemaju perumahan Syarikat Marvellous Land Sdn Bhd membina tembok.


Walaupun pelbagai bantahan dan rayuan pihak waris,Pihak majlis berperbandaran tidak mempedulikan sebaliknya mendapat kebenaran dan kelulusan daripada MPPP yang Ahli Majlisnya dikuasai oleh DAP.


Sebentar tadi satu bantahan sekali lagi dibuat dikawasan perkuburan itu,tidak ada seorang pun wakil daripada PAS atau PKR hadir untuk membela nasib waris tanah kubur ini.Mereka semua khabarnya menyorok dibelakang abang besar YB gengster tong gas Ng Wei Aik dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Trafik dan Alam Sekitar Chow Kon Yeow.






2012年12月17日 星期一

KENALI BUKTI NYATA POLITIK SAMSENG PAKATAN PEMBANGKANG!









Lepas Bendera sendiri dibakar, mahu pula gantikannya dengan bendera baru...


Mengajar rakyat biadap pada Sultan... 




Tidak cukup dengan bendera, Gambar pemimpin disimbah cat 


Persidangan mereka sendiri pun porak peranda... 


Bodyguard pemimpin mereka mahu menembak orang Melayu yang tidak bersenjata... 

 Bapak Samseng..sanggup berdiri di atas 



Mengajar rakyat keras kepala..



Skuad Amal dikatakan mahu ganti Polis? macam inikah gayanya??!

BERSIH 1.0

BERSIH 2.0

BERSIH 3.0

ANTI LYNAS

DONG ZHONG

HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT

HIMPUNAN KAYUHAN RAKYAT

HIMPUNAN HANTU RAKYAT.. 

DAN 1001 PERHIMPUNAN yang dianjurkan pembangkang, semuanya mempunyai unsur ganas dan negatif! 


2012年12月16日 星期日

BODOH, ADUN SIKAMAT BUAT KERJA UNTUK DAP!

Setelah umum mengetahui bahawa kesemua perwakilan Melayu DAP kalah dalam pengundian jawatan semasa Perhimpunan Cibai DAP , DAP melancarkan kempen propaganda dengan menyebarkan risalah "Melayu Dalam DAP" . Apa yang pelik adalah, penyebar-penyebarnya YB Cucuk Hidung DAP DUN Sikamat YB Aminudin Harun. 

Ternyata ia adalah kempen DAP yang bertujuan meliberalkan orang-orang Melayu dengan konsep bercirikan chauvisme dan ekstrimis bangsa, ADUN Melayu ISLAM ini boleh pulak tolong sebarkan kepada orang-orang Melayu di kawasannya. Apa yang pelik , gambar Tunku Aziz pun masih ada di dalam kempen DAP ini.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa puak-puak ekstrimis Cina di dalam DAP menolak Melayu di dalam persidangan mereka, kita selaku Melayu pula terhegeh-hegeh membantu mereka untuk nyatakan "DAP pro Melayu dan akan tolong bangsa kita." ..." Pundek dan kepala hotak ko..." itulah kata-kata yang patut dihambur kepada jentera mereka jika kita terima risalah ini dari PKR! 



2012年11月28日 星期三

Fakta: Abby Mabuk Politik 'Bidas' selain dari Ulama' PAS dan akui tidak pernah mengundi .


Sikap Abby Abadi yang tidak pernah mengundi sebelum ini adalah dianggap mengkhianati perjuangan orang-orang Melayu dan Agama Islam.

Merujuk kepada sikap berat sebelah Abby yang mengatakan hanya PAS sahaja Parti yang memperjuangkan Islam adalah sesuatu yang tidak tepat sama sekali. Setiap orang Islam, tidak kira orang UMNO atau orang PAS  sudah pasti akan meletakkan Islam sesuai pada tempatnya yang tinggi dan memperjuangkannya.  

MHS yakin , Abby Abadi ini hanya mendengar cerita dan kisah dari sebelah pihak sahaja. Apa yang pelik , Abby juga mengatakan memberikan sokongan penuh kepada Pakatan Rakyat yang juga terdiri daripada DAP dan PKR.

DAP secara terang-terangan bukan sahaja menolak HUDUD malah menolak syariat Islam dan Hukum Hakam sebagaimana bidasan Karpal Singh terhadap Larangan Bukan Muhrim untuk menggunting rambut bukan Muhrim yang lain. Manakala PKR pula terlalu memperjuangkan Liberalisme dan Perubahan yang menghala kepada Hak Asasi Manusia yang tidak berlandaskan Islam dan adat ketimuran! 

Persoalan: Adakah gabungan PAS-DAP-PKR sudah cukup kuat untuk memperjuangkan Islam? 

Adakah ulama' lain yang tidak berparti yang melihat UMNO sedang berusaha ke arah Islam dilihat tidak memperjuangkan ISLAM? 

Abby, ini bukan soal, pihak ini tidak Islam, pihak ini Islam. Ini adalah soal politik. Pemahaman agama yang telah diracunkan dengan politik songsang sehingga menyebabkan perpecahan sesama Islam adalah sesuatu yang dimurkai Allah sebagaimana di dalam hadis Nabi SAW: 

Dari Amir bin Saad dari bapanya r.a katanya: �Pada suatu hari Rasululah s.a.w datang dari daerah perbukitan. Ketika baginda sampai di Masjid Bani Mu�awiyah baginda masuk ke masjid tersebut lalu solat dua rakaat. Kami pun solat bersama-sama dengan baginda.
Baginda berdoa kepada Tuhan panjang sekali. Setelah berdoa baginda berpaling kepada kami lalu bersabda:
�Aku memohon kepada Tuhan tiga perkara. Dia memperkenankan dua perkara dan menolak satu perkara. Aku memohon kepada Tuhan supaya jangan membinasakan umatku dengan musim susah yang panjang. Maka diperkenankan. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang melanda umat Nabi Nuh atau seperti tentera dan Raja Firaun yang ditenggelamkan di lautan), permohonanku itu diperkenankan-Nya juga. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan kerana pertentangan sesama mereka. Permohonan ini tidak diperkenankan.�(Bukhari)


Sah lah Abby Abadi ketika ini sedang 'mabuk' politik.


Petikan Berita: 

PASIR PUTEH - Selebriti Abby Abadi mengakui tidak pernah mengundi sebelum ini kerana golongan artis tidak pernah diberi kesedaran mengenainya walaupun sering kali terlibat dengan program anjuran Umno dan Barisan Nasional.

Abby berkata, penglibatan artis dalam program parti hanya untuk memeriahkan majlis dan menarik ramai hadirin.

Ketika itu katanya, beliau tidak berasa bersalah tidak mengundi kerana tidak memahami kepentingan politik.

Untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti katanya, beliau akan rasa bersalah sekiranya tidak mengundi kerana sudah sedar kuasa politik amat penting apatah lagi kepada perjuangan Islam.

�Pada saya, Pas merupakan satu-satunya parti yang memperjuangkan Islam di negara ini dan saya tidak mempunyai pilihan lain selain memberikan sokongan penuh kepada Pas dan Pakatan Rakyat.