2012年11月18日 星期日

HADI AWANG PERDANA MENTERI PAKATAN, ANWAR TENANG.

Anwar menyatakan beliau tidak kisah dengan kenyataan ahli-ahli PAS yang mahukan Presiden Pas mereka Hadi Awang menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Pembangkang dapat menewaskan . Hal ini kerana , perkara ini boleh dibawa berbincang katanya. 
anwar tenang tak berapa tenang juge... 
Begitu tenang Anwar Ibrahim. Mengapa beliau begitu tenang? 
KUALA LUMPUR - DAP hari ini mengulangi  pendirian calon Perdana Menteri apabila menang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) adalah seperti yang telah disepakati Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pihaknya telah bersepakat dalam memilih calon Perdana Menteri iaitu Anwar sendiri dan tiada perubahan dalam keputusan itu setakat ini.
Menurutnya, PR telah mempunyai kesepakatan dalam pemilihan calon pihaknya dan isu siapa menjadi Perdana Menteri tidak perlu dibangkitkan lagi.
"DAP tidak mempunyai calon sebagai Perdana Menteri walaupun Pas dan PKR telah mempunyai calon.
"Kita telah sepakat mengatakan Anwar menjadi Perdana Menteri, jadi kalau ada parti lain ada mahu mencalonkan pemimpinnya, itu terpulang.
"Apa yang penting,  keputusan antara pemimpin yang sepakat memilih Anwar sebagai Perdana Menteri apabila PR berjaya menawan Putrajaya dan tiada perubahan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Anwar yakin sekiranya perbincangan dilakukan di antara #PAS, #DAP dan #PKR, maka keputusan 2-1 akan tercapai kerana #DAP memang menyokong Anwar Ibrahim. 

#Dap tidak akan memilih #PAS kerana bagi #DAP , #PAS adalah parti yang radikal yang bertentangan 180 darjah dengan pendirian dan pegangan radikal #DAP. 

Perkara ini membuktikan bahawa DAP hanya mahu sokongan orang-orang PAS kepada parti itu pada PRU 13 nanti. 

Seperkara lagi , tidakkah #PAS memikirkan secara jangka panjang, sekiranya anwar sudah tidak ada lagi, Pertalian DAP-PAS pasti akan terlerai!  

沒有留言:

張貼留言