2013年3月14日 星期四

WAJIB PERTAHANKAN SABAH! #prayforsabah #lahaddatu

Pihak Kerajaan dan rakyat perlu bersama-sama mempertahankan negara termasuklah pihak yang tidak sehaluan dengan kerajaan. Apa-apa pun, apabila negara diserang oleh anasir luar, gabungan rakyat dan kerajaan amat-amat diperlukan. 

Pihak Pembangkang pun sering memperkatakan dan memperjuangkan tentang common values  atau nilai sejagat yang diterima umum. Dalam konteks Malaysia, nilai sejagat yang perlu dipertahankan Kerajaan dan rakyat adalah Mempertahankan Negara yang kini diceroboh!!

Petikan Berita: 

JOHOR BAHRU � Kerajaan perlu mempertahankan Sabah dengan apa cara sekalipun kerana negeri di bawah bayu itu memang secara jelas menjadi milik Malaysia.

Pakar Undang-undang Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Kuala Lumpur, Profesor Dr Sabirin Jaafar berkata, dalam undang-undang  antarabangsa, sesiapapun waris kesultanan Sulu tidak boleh membuat tuntutan kecuali melalui sebuah negara berdaulat.

�Saya yakin kerajaan yang bertanggungjawab telah meneliti tuntutan dari segi perundangan dan selepas ini ia hanya melibatkan isu diplomatik antara negara kita dan Filipina.

�Dari segi hak pemilikan, kita yakin ada dokumen jelas untuk membantu pemilikan Sabah berdasarkan kerajaan British tradisinya memang membuat perjanjian bertulis dan jelas,� katanya kepada pemberita selepas Forum Isu Semasa �Sabah-Sulu� di UTM.

Forum yang dipengerusikan oleh Pengarah Penerbit UTM, Kasim Tukiman turut dihadiri Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Ir Dr Zaini Ujang.

Sementara itu, Timbalan Dekan Sekolah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah, Dr Zaini Othman berkata, persoalan tuntutan ke atas Sabah sudah lama berlaku, dan kini diberikan satu dimensi baru oleh pihak terlibat.

Menurutnya, bersangkutan Perjanjian Damai Oktober 2012, ada pihak yang diketepikan dan ini cuba diberikan dimensi baru oleh pihak yang telah dipinggirkan.

�Ia bukan bersangkutan dengan persoalan sekarang baru hendak dibangkitkan, tapi sudah lama mengenai tuntutan ke atas Sabah.

�Ini memang salah satu taktik atau strategi untuk mendapatkan perhatian daripada masyarakat antarabangsa.

�Sultan Sulu tak ada tentera, jadi MNLF (Moro National Liberation Front) yang merupakan puak terpinggir dalam Perjanjian 2012 lalu telah mengadakan kerjasama dari segi sudut militan,� katanya.

沒有留言:

張貼留言