2013年3月21日 星期四

PAS-PKR KONFLIK KUALA PILAH. PARLIMEN KUALA PILAH TIDAK TERGUGAT LANGSUNG!!


Berlaku perebutan dalaman kerusi Parlimen Kuala Pilah antara PAS dan PKR! Rebut lah ko dua ekor, memang akan kalahpun duo ekor ni!

Berita: 


KUALA PILAH 22 Mac - Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuala Pilah yakin dapat mengekalkan semua kerusi yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi.

Pengerusinya, Datuk Hasan Malek berkata, ia berdasarkan kepada maklum balas yang diterimanya daripada para pengundi di semua peringkat semasa lawatan ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) di kawasan Parlimen berkenaan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Pilah berkata, sasaran BN Parlimen tersebut ialah memastikan semua kerusi tersebut kekal dengan majoriti yang bertambah.

"Saya sudah melawat kesemua 55 PDM di dalam kawasan Parlimen Kuala Pilah dan mendapati jentera BN sudah bersiap sedia bagi menghadapi PRU-13," pada sidang akhbar selepas merasmikan Pejabat Meteorologi Kuala Pilah dan Sambutan Hari Meterologi Sedunia 2013 di sini semalam.

Pada masa ini, BN menguasai kesemua kerusi dalam kawasan Parlimen Kuala Pilah iaitu satu kerusi Parlimen dan lima kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Senaling, Pilah, Seri Menanti, Juasseh dan Johol.
Kawasan Parlimen itu mempunyai kira-kira 78 peratus pengundi Melayu.

Mengenai ceramah yang diadakan oleh parti pembangkang, Hasan yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah berkata, ia tidak perlu diheboh-hebohkan kerana jumlah kehadiran orang ramai yang semakin merosot.

"Kita semua tahu, pembangkang hanya aktif sejak akhir-akhir ini sahaja sedangkan BN sudah pun membuat kerja sejak diberikan amanah pada pilihan raya lalu.
"Kita bukan buat kerja sekarang tetapi sudah zaman berzaman. Jadi tak perlu nak heboh tentang ceramah pembangkang. Yang penting kita tumpukan kepada kerja kita," katanya. - UTUSAN

沒有留言:

張貼留言