2013年3月22日 星期五

TERKINI!! VIDEO AYAHANDA NEGERI SEMBILAN BANGKIT PERTAHAN NEGARA!! KALIMAH NASRULLAH DIHIDUPKAN!! #prayforsabah #lahaddatu

Jumaat 22 Mac 2013, Kumpulan - kumpulan NGO Islam Melayu seluruh Negeri Sembilan berkumpul di perkarangan masjid Jamek Seremban dan mengangkat sumpah akan bangkit mempertahankan negara dari ancaman dalam dan luar negara sehingga ke titisan darah terakhir selepas solat jumaat dan Hajat di Masjid Jamek Seremban tadi. Kumpulan NGO Melayu Islam menghantar memorandum kepada Ketua Polis Negeri Sembilan untuk menyatakan sokongan tidak berbelah bagi untuk PASUKAN KESELAMATAN NEGARA yang sedang berjuang mempertahankan Malaysia!

Kumpulan yang diketuai oleh barisan Ayahanda-ayahanda di Negeri Sembilan juga menyeru ahli-ahlinya dan seluruh orang-orang Melayu Islam untuk mengaktifkan serta merta apa yang pernah diamalkan sebelum ini tatkala negara di dalam kangcah peperangan . "Bangkit dan aktifkan Nasrullah!!!" , jerit barisan kepimpinan NGO Melayu yang tidak tahan lagi menanggung kemarahan orang-orang Melayu!! 

Dalam ketika itu, Tian Chua dan Lim Guan Eng dan konco-konco mereka yang sering mengacau sensitiviti agama Islam dan Melayu diberi amaran keras agar jangan dijolok sarang tebuan! 

Laungan LA ILA HA ILLALLAH dan Allahuakbar bergema sepanjang perarakan 5km dari Masjid Jamek Seremban ke IPK Seremban! 


















沒有留言:

張貼留言