2013年3月21日 星期四

KEPUTUSAN SPM NOGORI SEMBILAN MENGUJAKAN!! 747 DAPAT SEMUA A!!

SEREMBAN 21 Mac - Sebanyak 747 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meraih keputusan cemerlang dengan memperoleh gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran yang diambil tahun lalu.

Pengarah Pelajaran negeri, Kalsom Khalid berkata, daripada jumlah itu sebanyak 12 calon sekolah kerajaan berjaya mendapat keputusan cemerlang dengan memperoleh pangkat A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil mengikut penggredan baharu.


"Ini merupakan peningkatan dari tahun 2011 dengan 4.24 peratus memperoleh keputusan sedemikian manakala tahun lalu sebanyak 4.25 peratus," katanya di sini hari ini.


Kalsom bercakap kepada pemberita ketika mengumumkan keputusan SPM di Sekolah Menengah (SM) Sains Tuanku Munawir, dekat sini hari ini.


Katanya, Gred Purata Negeri (GPN) tahun lalu ialah 4.86 iaitu meningkat sebanyak 0.04 mata berbanding 2011 iaitu sebanyak 4.82 sekali gus menunjukkan negeri ini mengekalkan tahap kecemerlangan dalam peperiksaan nasional.



P/S Hari ini ada jiran yang baik hati sedekahkan nasi lomak kepada MHS sobab anak dio cemerlang. Alhamdulillah....

沒有留言:

張貼留言