2013年3月27日 星期三

TERKINI PEMBUBARAN AUTOMATIK DUN NS: HARAKAH DAN KHABAR ANGIN SEPERTI AUR DENGAN TEBING!!

MHS dan rakyat boleh lah menyimpulkan bahawa Akhbar Harakah dan khabar-khabar angin seperti aur dengan tebing, seperti isi dengan kuku refleksi kepada jiwa yang kotor menabur fitnah tatkala wajah dihiasi dengan kopiah kosong!
Harakah team berbincang menabur fitnah!

Tidak hairanlah akhbar ini juga ditempelak oleh ahli-ahli mereka semasa muktamar lalu. Terbaharu, Akhbar harakah hari ini melompat macam katak apabila secara besar-besaran menyiarkan 3 muka surat menuduh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan yang memimpin Kerajaan Negeri Sembilan yang terbubar secara automatik semalam dan akan meneruskan pimpinan sementara negeri dikatakan tidak mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar. Apa bosar sangatkah Harakah sampai tahu hati nurani Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan? 

Sambil menuduh Dato' Seri Mohamad Hasan dan Dato Najib Razak sebagai memperlekehkan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan kerana kononnya mereka tidak berjumpa dengan YDBesar NS! Inilah yang dikatakan belum tahu berita benar, telah disebarkan ke seluruh pelusuk negara! Harakah lebih teruk daripada blog-blog picisan.

Untuk Makluman, YAB Menteri Besar akan mengadap Yang Dipertuan Besar untuk mendapat perkenan bagi meneruskan Kerajaan Sementara kira-kira selama 1 Bulan lagi. Apa yang perlu dilompatkan HARAKAH lagi?! Sidang DUN baru bubar 12.00 tengah malam tadi, dan selepas itu barulah Kerajaan Sementara ditubuhkan! Buat apa tubuhkan kerajaan sementara tatkala Kerajaan Sebenar masih mempunyai mandat kuasa!

Dey, Harakah, ingatlah Allah. Allah dan Islam lebih tinggi dari politik!~ MHS 

沒有留言:

張貼留言