2013年3月27日 星期三

KETURUNAN DIRAJA MULA BANGKIT, CAMPUR TANGAN DALAM HAL EHWAL MASYARAKAT?!

Siapa kata Sultan-sultan Tanah Melayu tiada peranan? Ada juga suara-suara sumbang dari rakyat yang tiada maruah dan harga diri yang menganggap Sultan dan Raja-raja Melayu hanya sebagai lambang sahaja! 

Inilah salah satu peranan Institusi Raja-raja Melayu. Apabila nampak rakyat dan sistem sosial masyarakat di bawah jagaannya semakin mengarut, maka mereka campur tangan menegur dengan titah-titah yang berlapik, tetapi penuh bermakna!


Petikan berita: - 

Raja Muda Tegur Rakyat Hati-hati Unsur Subversif dalam Masyarakat!


LANGKAWI 27 Mac - Rakyat khususnya anggota pasukan keselamatan harus berwaspada dengan elemen-elemen subversif yang berada dalam kalangan masyarakat tanpa disedari pada masa kini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, ancaman yang Berlaku di Lahad Datu, Sabah wajar dijadikan contoh terbaik agar rakyat mengambil iktibar apa yang berlaku.
Baginda bertitah demikian selepas melawat Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013 di sini hari ini.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Sempena lawatan tersebut, baginda selaku Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berkenan menyaksikan satu majlis menandatangani perjanjian melibatkan bidang teknologi unmanned aerial vehicle (UAV) antara UniMAP dengan Drei Sohne Technologies (Deutschland) Sdn. Bhd. (DST).
UniMAP diwakili Prof. Madya Dr. Hazry Desa manakala DST, Pengarah Urusannya, Azmi Mustapha.
Titah baginda lagi, corak peperangan masa kini memerlukan latihan khusus iaitu Peperangan Asimetrik dan Operasi Unit Kecil (OUK).

Dalam masa sama titah baginda, rakyat harus memberikan sokongan padu yang tidak berbelah-bahagi kepada pasukan keselamatan.
"Ia untuk bersama-sama (anggota pasukan keselamatan) mempertahankan kedaulatan negara tercinta ini," titah baginda. - UTUSAN


� Utusan Melayu (M) Bhd 

沒有留言:

張貼留言