2013年3月22日 星期五

BERITA NS: KEMBALIKAN SEMULA DUN AMPANGAN KEPADA PARTI MELAYU TULEN!!


SEREMBAN23 Mac - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan mahu pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan, dekat sini mengembalikan maruah dengan memilih Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum tidak lama lagi.

Katanya, jangan ada sengketa yang berlarutan lagi di kawasan ini, hentikan pergaduhan dan rampas kembali kerusi DUN ini yang dimenangi pembangkang pada pilihan raya umum ke-12 lalu.
"Kembalikan semula maruah di Ampangan ini. Tuan puan ada maruah, jatidiri dan mempunyai rasa bangga menjadi sebagai orang Ampangan.
KESILAPAN PENGUNDI MELAYU BOLEH SEBABKAN NEGERI 9 JATUH KE TANGAN DAP... 

"Ampangan tidak seharusnya terus di bawah parti pembangkang,'' katanya dalam ucapan pada majlis Ampangan Bersalawat, di sini malam tadi.
Katanya, menang di Ampangan, Sikamat dan Paroi akan menjadikan 22 kerusi UMNO yang akan dipertahankan.

"Menang kesemua kerusi UMNO ini, kita sudah pun mendapat majoriti dua pertiga selebihnya akan kita peroleh dari kerusi MCA dan MIC. Kalau hendak tengok sangat kuasa orang Melayu, pastikan tiga kawasan UMNO yang tewas ini dirampas semula,'' ujarnya. - UTUSAN

沒有留言:

張貼留言