2013年3月25日 星期一

TERKINI! SEORANG PENGGANAS SULU SERAH DIRI!!#prayforsabah #lahaddatu

Tekanan yang dilakukan pasukan Keselamatan Negara dan Kerajaan Malaysia di dalam memburu saki baki pengganas dan memperkukuhkan ketahanan Nasional terutamanya selepas pengumuman demi pengumuman penting dalam menjaga kedaulatan negara telah memaksa saki baki pengganas untuk berundur dan menyerah diri. 

Terbaharu, seorang pengganas ditahan selepas menyerah diri di Tg Batu petang semalam! 

MHS berpendapat, dengan langkah penting diumumkan YAB Perdana Menteri semalam berhubung pelaksanaan ESCOMM (East Sabah Security Command) akan menyukarkan mana-mana tentera penceroboh yang mahu menceroboh tanah air negara ini! Allahuakbar!!

Perlu diingat, satu-satunya negara yang mampu mengatasi ancaman Komunis di dunia adalah Malaysia, tanah tumpah darahku! 

Petikan Berita:

LAHAD DATU: Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan seorang pengganas ditahan selepas menyerah diri di Tanjung Batu, di sini, petang semalam. -bharian- 

Lanjut mengenai ESSCOM

沒有留言:

張貼留言