2013年3月27日 星期三

VIDEO 12.00 TENGAH MALAM DAH TIBA! SELAMAT HARI MATANG WAHAI DUN NEGERI SEMBILAN!!

Selamat hari matang diucapkan kepada DUN Negeri Sembilan yang telahpun genap 5 tahun bersidang membincangkan hal rakyat. Alhamdulillah , demokrasi telah subur di Negeri Sembilan, sesuai dengan slogan Rakyat Didahulukan , Pencapaian Diutamakan! 

Pagi nanti, insya Allah, Speaker Dewan akan mengumumkan secara rasmi bahawa Sidang DUN NS akan terbubar dengan rasminya. YAB MB akan mengadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan untuk mendapat perkenannya meneruskan Kerajaan Sementara , sehinggalah parlimen Malaysia dibubarkan oleh Ketua Negeri-negeri Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak iaitu YAB Dato Seri Najib Tun Razak.

Apa - apapun, Negeri Sembilan telah tercatat di dalam sejarah Malaysia selaku negeri pertama terbubar dan diperintah penuh selama 5 tahun dalam sistem demokrasi negara!

Marilah kita tengok salah satu video yang menjadi SEJARAH SIDANG DUN NEGERI SEMBILAN sepanjang tempoh 2008 - 2013 Barisan Nasional memerintah Negeri! 


沒有留言:

張貼留言