2013年3月16日 星期六
TERKINI! CERAMAH POLITIK DALAM MASJID, SULTAN SELANGOR MURKA?!!
Sikap Kerajaan PKR Selangor dicampur dengan ketaksuban PAS dalam berpolitik mengundang kemarahan dan kemurkaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Petikan Berita:-
SHAH ALAM 16 Mac - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita dengan sikap nazir dan imam yang masih membenarkan ceramah-ceramah berunsur politik diadakan di masjid-masjid dan surau di negeri ini.
Titah baginda, berdasarkan laporan yang diterima, terdapat 26 buah masjid dan surau di Selangor masih lagi membenarkan ceramah-ceramah berunsur politik di adakan.
Keadaan itu, titah baginda, sekali gus melanggar arahan serta larangan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sebelum ini.
"Tujuan beta melarang masjid dan surau dijadikan tempat berpolitik adalah untuk mengelakkan berlakunya perpecahan ummah dalam kalangan masyarakat.
"Selain itu, ia juga dapat memastikan orang Melayu tidak berpecah-belah dan berpuak-puak yang akhirnya akan memusnahkan bangsa Melayu dan Islam itu sendiri," titah Sultan Sharafuddin ketika merasmikan Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong dekat sini malam ini.
Dalam masa sama, baginda turut mengingatkan seluruh umat Islam agar tidak terpedaya dengan berita-berita fitnah dan khabar-khabar angin yang disebarkan melalui pelbagai media.
"Setiap gerak-geri, percakapan, perbuatan serta keputusan yang diambil akan menentukan masa depan diri sendiri, keluarga dan juga negara," titah baginda.
Baginda tidak mahu rakyat Selangor menyesali sesuatu kesilapan yang boleh merugikan masyarakat Melayu dan agama Islam.
Dalam pada itu, baginda menzahirkan rasa bangga di atas usaha pembinaan Masjid Tengku Ampuan Jemaah yang melambangkan satu perpaduan serta kerjasama erat pelbagai pihak.
"Beta berkenan menyatakan bahawa ini salah satu kerjasama yang istimewa, dana untuk membina masjid datangnya daripada pelbagai pihak iaitu peninggalan wasiat Almarhum ayahanda beta, Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah Al Haj, sumbangan kerajaan negeri, Sime Darby Property Bhd. dan ahli kariah masjid.
"Ini melambangkan perpaduan dan kesepakatan umat Islam di Selangor terhadap pembangunan dan kemajuan agama Islam yang maha suci," titah baginda.
Masjid menelan kos RM22.5 juta yang dikategorikan sebagai masjid diraja dan mampu memuatkan 4,000 jemaah itu mula dibina pada Mei 2010.
Baginda turut berkenan mewakafkan 500 naskhah al-Quran dan menyerahkan cokmar kepada masjid berkenaan. - UTUSAN
訂閱:
張貼留言 (Atom)
沒有留言:
張貼留言