Salam semua kekawan, MB harap kekawan semua sihat selalu dan gembira disamping insan tersayang. Ok kali ni MB nak buat post mengenai penipuan di internet, sila berhati-hati jika ada antara kekawan yang hendak membeli atau menjual di internet. Bukan apa wang ringgit memang boleh dicari tapi kalau senang� si penipu dapat keuntungan dari wang hasil titik peluh kita tak ke berangin satu badan juga tu. hehehe
Jadi siapakah Wan Saifullah HJ Wan Junaidi ? Biar MB terangkan terlebih dahulu yang MB ada membuat iklan di satu laman web yang memang popular bagi rakyat malaysia untuk jual/beli , pekerjaan , mencari sponsor dan macam� lagi untuk menjual produk kecantikkan ( yep MB memang jual produk kecantikkan pun ) . Nak dijadikan cerita makhluk allah yang bernama Wan Saifullah HJ Wan Junaidi yang bernombor telefon 0138466635 ada hantar sms dan beritahu yang dia dari Kuching Sarawak serta makcik dia yang turut berminat dengan produk MB ni dari Brunei. Dalam sms tu dia minta pihak MB adik beradik emailkan secara terperinci ke majujayagroup@gmail.com. Ok no hal MB pun emailkan secara terperinci tentang produk MB, Ops terlupa dia juga ada minta MB emailkan sekali No Acc Bank tapi MB tak bagi info langsung pasal Acc bank sebab entah hati ni terasa berat.
Besoknya seseorang yang bernombor HP 0168080333 dan mengaku bernama Puan Wati serta merangkap PA kepada Wan Saifullah HJ Wan Junaidi ada sms MB minta diberi no acc bank sebelum diberi kata putus untuk mengambil produk MB atau tidak ( lebih kurang 5 - 6 kali juga MB bermain sms ngan Puan Wati lepas tu terhenti bila Puan Wati senyap tak balas sms terakhir yang MB hantar ). Dalam lebih kurang 30 minit Puan Wati membalas sms MB tapi nak dijadikan cerita Puan Wati bukan membalas sms MB sebelum ini tapi tersalah hantar sms orang lain kepada MB. Dalam sms Puan Wati tersebut lebih kurang macam ni *Maaf cik Mohd saya tidak sempat angkat call tadi sebab menziarah seorang staff yang meninggal dunia, transaksi bank tersebut akan mengambil masa dalam 2 hari paling cepat dan hari cuti tidak dikira, disini saya minta maaf banyak� atas kesilapan transaksi tersebut yang sepatutnya dalam bentuk ringgit malaysia*. Bila baca sms tu entah timbul rasa kesian kepada orang yang bernama Mohd tu tapi MB tak tahu sebab apa!! Lepas tu MB terus membalas sms Puan Wati menyatakan yang dia tersilap send sms tapi Puan Wati diam tanpa jawapan!
Dah orang diam MB pun buat bodoh sudah tapi kebesokkan pagi MB dapat miss call dari no 0128474333 berulang kali jadi MB sms tanya siapa dan dia memperkenalkan dirinya sebagai makhluk yang bernama Wan Saifullah Hj Wan Junaidi ( banyak no plak tapi biasa lah bissnesman kan huhuhu )!! Dalam masa kami sms dia berulang kali minta No Acc bank dan beritahu akan memberi kata putus selepas itu , MB pun dah bosan sebab apa yang dia utamakan adalah no acc bank bukan mengenai produk MB ni ( cik penipu lain kali kalau nak tipu tu biarlah jadi macam real sikit macam nak berniaga ). Terus MB bagi bank MB serta no acc tapi nama orang lain sebab MB sudah bosan apa nak jadi pun jadi lah .
Tak sampai 2 jam makhluk bernama Wan Saifullah Hj Wan Junaidi telefon minta maaf sebab PA dia yang bernama Puan Wati telah melakukan transaksi telah melakukan kesilapan memasukkan mata wang brunei bukan malaysia ( kalau nak di ikutkkan macam mana seorang PA boleh melakukan kesilapan yang sama berulang-kali dalam tempoh terdekat, iyer la sebelum ni sebab dia salah send sms jadi MB tahu alasan yang sama juga dia beri dekat cik Mohd seperti yang MB terangkan diatas ). Makhluk Wan Saifullah Hj Wan Junaidi merayu-rayu minta MB call puan wati yang dikatakan ketika itu berada di bank tapi MB malas nak call sebab masa tu MB tengah tengok wayang dan yang pasti MB mula rasa tak sedap hati. Dalam 10 minit Puan Wati call MB dan beritahu yang dia tersalah masukkan wang brunei kalau nak diikutkan jumlah wang malaysia semuanya dalam rm 12 000.00 ( Wow banyak memang banyak tapi fikiran MB mengatakan yang dia cuba nak umpan MB hehehe ). Dia juga beritahu yang dia perlukan wang dalam rm 1 000.00 untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan pihak bank, rm 1 000.00 akan diberi semula kepada MB bila semuanya selesai dan lebihan dari jumlah sebenar yang sepatutnya dia bayar akan digunakan untuk pembelian stock dari pihak MB. Kata Puan Wati lagi makhluk Wan Saifullah Hj Wan Junaidi sedang berada di ladang dan tidak dapat menolong ketika itu jadi dia betul� harapkan pertolongan dari pihak MB ( yang lucu dalam MB berbual dengan Puan Wati secara tidak sengaja MB terdengar suara seorang lelaki yang kedengaran macam berada berdekatan dengan Puan Wati tidak ubah macam suara Wan Saifullah Hj Wan Junaidi!! Terus MB minta maaf sebab tidak boleh menolong dan kata MB tengah bekerja padahal syok tengok wayang hehehe, apa lagi tak sampai 2 minit lepas MB habis bergayut dengan Puan Wati sampailah sms dari Wan Saifullah Hj Wan Junaidi mengatakan yang dia sejak kecil telah di asuh dengan agama yang kuat dari keluarga ( maaf cik wan bagi MB sekarang ni ramai orang cuba gunakan agama untuk berpura-pura padahal perangai yang betul tu tah apa� tah ja ) , dia juga mengatakan kita sesama islam harus percaya mempercayai antara satu sama lain dan jika MB masih enggan menolong secara langsungnya urusan majujayagroup dengan pihak MB akan terbatal ( MB dah malas balas sms si mamat penipu ni tapi MB rasa simpati kepada yang sudah terkena )
Lepas tu MB ada cerita juga dekat kekawan, ramai yang mengatakan MB ni bodoh sebab tolak peluang yang macam tu ( dia orang kata MB ni suka fikir bukan dan macam� lagi )!! MB pendam saja tapi yang pasti hari ini bila MB terbaca sesuatu di FaceBook MB senyum kambing sesorang sebab duit MB selamat dan apa yang penting MB mempunyai peluang untuk mengesahkan si mamat ni penipu dan boleh berkongsi dengan kekawan semua. Link Facebook ada di bawah ni tak percaya kekawan tengok sendiri okeh =)
nak bukti lagi ?? okeh ni link dari Majalah.com baca komen dari kekawan kita dekat sana okeh
沒有留言:
張貼留言