Info Dipetik : S Pathmawathy Malaysiakini.com 15 Mei 2008Seorang ahli Parlimen PKR mendedahkan klip video yang menunjukkan kaedah latihan skuad komando yang menurutnya menjatuhkan maruah para anggota yang mengikuti latihan tersebut.Bercakap dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Macang) berkata, beliau menerima klip video yang menunjukkan jurulatih mendera secara fizikal anggotanya serta memijak-mijak kepala mereka.Gambar-gambar latihan tentera ini dimomokkan pembangkang kepada rakyat dan memberikan persepsi buruk layanan kerajaan terhadap tentera kita.Padahal ia adalah latihan yang wajib dijalani komando kita!!
�Ini adalah soal maruah seorang manusia. Menteri pertahanan sendiripun tentunya tidak mahu kepalanya dipijak-pijak begitu,� kata Saifuddin.
Saifuddin turut mendedahkan klip video selama dua minit itu, dalam sidang akhbar tersebut. Kandungannya menunjukkan beberapa orang lelaki berpakaian hitam menyepak dengan kejam seorang individu.
Sekarang ini agaknya barulah mereka tahu bahawa betapa pentingnya latihan-latihan yang berat ini dibekalkan kepada para pejuang Negara kita.....
Allahuakbar! Allahuakbar!! Allahuakbar!!
Terus doakan pejuang Negara di #LahadDatu
Bekalkan mereka dengan ribuan Alfatihah!
Tapi masalahnya pihak pembangkang akan cuba memanipulasikan segala keadaan untuk politik sempit mereka meskipun negara dan rakyat sedang dalam keadaan susah.
沒有留言:
張貼留言