Sedang pejuang negara kita sibuk bertugas mempertahankan negara dari penceroboh Sulu di Lahad Datu lain pula keadaannya di Filipina.
Sekarang di hadapan Kedutaan Malaysia di Filipina rakyat yang berkurun Sulu membuat demo haram membantah apa yang Kerajaan Malaysia buat pada puak mereka. Inilah sentimen buruk Anwar dan kuncu-kuncunya berjaya tanamkan dalam masyarakat di luar negara.
Mereka gambarkan negara Malaysia adalah jahat dan tidak selamat diduduki. Pemikiran jenis binatang atau iblis pada Bang Non ni GR pun tak tau. Seorang pemimpin sanggup memburukkan negara sendiri demi kepentingan peribadi yang GILA KUASA.
Lihat gambar-gambar yang GR kongsikan, gambar PM Najib Razak DIBAKAR kerana ketidakpuashatian mereka. Apakah sumbangan PM Najib Razak selama ini yang MENYELESAIKAN sengketa mereka yang bertahun-tahun tidak diambil peduli.
Sumber: Gosip Rakyat
BERITA:
MANILA 5 Mac - Kedutaan Malaysia di Filipina ditutup hari ini ekoran tunjuk perasaan yang mengecam ketegangan krisis pencerobohan di Sabah yang setakat ini telah mengorbankan sekurang-kurangnya 27 orang.Penutupan pejabat kedutaan itu berlaku ketika tentera Malaysia melancarkan serangan ke atas penceroboh yang mendakwa diri mereka sebagai tentera diraja Kesultanan Sulu di kampung Tanduo, Lahad Datu.Sekurang-kurangnya 100 penunjuk perasaan Katolik dan Islam berkumpul di depan pejabat kedutaan di Makati City itu selain di Tordecillas Street di Salcedo Village.Mereka menggesa penamatan serangan ke atas pengikut Kesultanan Sulu itu.Sekurang-kurangnya 50 anggota polis dan sebuah trak bomba turut ditempatkan di kawasan tersebut. - REUTERS
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130305/dn_61/Serangan-Kedutaan-Malaysia-di-Filipina-ditutup-ekoran-tunjuk-perasaan#ixzz2MdYsPnE5
� Utusan Melayu (M) Bhd
沒有留言:
張貼留言