Disebalik rakyat fokus kepada Kedaulatan negara diceroboh, ada pula insan yang tidak mengerti yang mendakwa pencerobohan di Sabah adalah satu sandiwara UMNO.
Apa-apa pun, tindakan mahkamah akan diambil ke atas mangkuk bedebah ini...
Update Kejadian Rakyat Marah depan Pej Tian Chua sejak petang tadi: -
Orang-ramai berkumpul depan pejabat mangkuk ni.
Tian Chua lari pi balai polis Dang Wangi, takutkan pendemo-pendemo yang memang marah dengan Tian Chua menuduh "KOMANDO MATI KATAK"?! DAN TRAGEDI DI SABAH ADALAH SANDIWARA KERAJAAN!
Berita:
KUALA LUMPUR 4 Mac - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua perlu menarik semula kenyataannya yang mengaitkan UMNO dengan pencerobohan di Sabah dan meminta maaf kepada parti itu atau menghadapi tindakan undang-undang dalam masa terdekat.
Peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun dari Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak ketika dihubungi Utusan Online melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) mengesahkan surat tuntutan kepada Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang telah dihantar ke pejabatnya di Parlimen Batu.
Katanya, Ahli Parlimen Batu itu perlu menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf kepada UMNO dalam tempoh tujuh hari bekerja bermula hari ini sebelum ia difailkan di mahkamah.
Turut dipohon ialah satu ganti rugi yang tidak dinyatakan jumlahnya.
Laman UMNO-Online yang memetik kenyataan Setiausaha Agung parti, Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tindakan tersebut dibuat terhadap Tian Chua selepas diarahkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
?Tindakan undang-undang itu diambil ekoran kenyataan yang dibuat Tian Chua adalah tidak berasas dan amat serius dengan niat jahat untuk memburukkan dan merosakkan reputasi dan imej UMNO," kata beliau. - UTUSAN ONLINE
-Utusan-
沒有留言:
張貼留言