2013年3月14日 星期四

FOTO GHAIRAH: HETTY SARLENE MAAFKAN SANG PENYEBAR!

MHS bukan nak jadi penggosip majalah hiburan pula. MHS tetap konsisten berjuang di medan sosial mempertahankan kedaulatan negara dari pengkhianat dalaman mahupun luaran. Cuma MHS nak komen sedikit mengenai perkara di bawah ini: 

"KALAU TIDAK MAHU ORANG SEBAR FOTO ANDA, SILA JANGAN BUAT PERANGAI TIDAK SENONOH MACAM TU WAHAI HETTY SARLENE" 

Bukan sahaja kepada Hetty Sarlene, teguran juga diberikan kepada Pemimpin Melayu yang pernah menggemparkan negara berhubung gambar dan video seksnya itu! Ingatlah , bau bangkai yang busuk, lambat laun akan diketahui umum juga walaupun cuba disembunyikan!

Petikan Berita: - 


Hetty Sarlene maafkan orang yang sebar fotonya
KUALA LUMPUR 14 Mac - Pelakon Hetty Sarlene Abdul Hamid, 29,
memaafkan individu yang menyebarkan foto 'aksi berani'nya
dengan teman lelaki di Internet, beberapa hari lalu.
Menerusi laman sosial Instagramnya hari ini, pelakon drama
bersiri Sembilu dan Si Capek itu berkata, dia percaya pada
hukum karma.
"Pada orang yang telah mencuri foto atau memuat turun foto saya
tanpa izin, saya telah maafkan kamu. Alhamdulillah, awak telah memikul dosa saya dan awak jawablah nanti di akhirat," katanya sinis.
Menurut pelakon yang berasal dari Singapura itu, dia tidak
berasa tertekan dengan apa yang dilakukan oleh individu yang
tidak bertanggungjawab menyebarkan fotonya bersama lelaki yang
bakal dikahwininya itu.
"Kenapa mereka perlu menyebar foto-foto saya bersama lelaki
yang bakal menjadi suami saya? Adakah mereka cemburu
melihat hubungan kami yang sempurna?
"Apakah mereka ingin menjatuhkan saya? Apa pun mencuri itu
tidak baik kerana semua foto itu hak saya. Saya menerima
permintaan berkawan dengan sesiapa sahaja menerusi Instagram
tetapi menyebarkan gambar saya tanpa kebenaran adalah sesuatu
yang salah," katanya.
Hetty yang popular dengan lagu Sangsi Asmara berkata, dia
tidak kisah menjadi bahan gosip di Internet kerana orang yang terlibat juga menanggung dosa itu.
"Bergosiplah. Alhamdulillah, saya tidak rugi apa-apa pun,"
luahnya panjang lebar. - UTUSAN

沒有留言:

張貼留言