MO,KUALA LUMPUR, 3/3/2013- Tiga bekas pegawai tentera menggesa rakyat menyokong usaha pihak berkuasa menangani pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna, Sabah, serta menjaga kerahsiaan pergerakan pasukan keselamatan negara.
Mejar (B) Wan Hashim Wan Ahmad yang pernah berkhidmat di Bosnia Herzegovina berkata orang ramai tidak sepatutnya mempertikai apa jua langkah yang diambil pasukan keselamatan untuk menyelesaikan krisis itu.
�Orang ramai termasuk blogger-blogger politik diminta beri kerjasama dan jangan mengeluarkan kenyataan negatif yang akan memecah belahkan masyarakat. Jika benar insiden ini ada kaitan dengan orang luar, ternyata musuh negara sudah berjaya memesongkan moral kita,� katanya kepada Bernama.
Sokongan juga bermaksud menjaga kerahsiaan negara dan tidak terlalu ghairah membuat mengemaskini pergerakan tentera, polis serta gambar-gambar operasi pasukan keselamatan di Sabah, katanya.
Beliau juga meminta rakyat yang mempunyai rakan di kalangan anggota keselamatan supaya tidak lagi memaparkan kandungan mesej pesanan ringkas di dalam laman sosial seperti Facebook atau Twitter.
�Maklumat seperti ini semua boleh disalah guna, ada individu tertentu yang membuat �print screen� paparan sms dengan menyiarkan nombor telefon pegawai polis yang sedang terlibat dalam operasi memburu pengganas di sana, bayangkan jika maklumat ini disalah gunakan,� katanya.
Blogger Komando Kedai Kopi yang lebih dikenali sebagai Mejar (B) Naza Talib turut menyeru orang ramai agar terus memberikan sokongan kepada polis dan tentera tanpa perlu mempertikai pasukan mana yang lebih berhak menangani isu itu.
Tidak perlu timbul perbalahan pasukan mana yang terbaik untuk menangani krisis ini kerana masing-masing mempunyai bidang perundangan sendiri, katanya.
�Jika keadaan ini melarat, ada kemungkinan pihak tentera akan campur tangan terus. Sokongan harus juga diberikan kepada kerajaan kerana soal keganasan yang ditimbulkan orang-orang Sulu ini sangat kompleks kerana melibatkan mereka yang telah tinggal lama di Sabah,� katanya kepada Bernama.
Beliau turut memuji keberanian pasukan polis berhadapan dengan pengganas Sulu yang bersenjata automatik dan mempunyai pengalaman perang gerila selama bertahun-tahun dalam hutan di Filipina.
Seorang pesara bekas tentera berpangkat Mejar yang tidak mahu namanya dikenali yakin negara mempunyai kelebihan dari segi taktikal dan strategi.
�Kita tahu kedudukan mereka, lokasi mereka, ini adalah satu kelebihan sebagai contoh, mungkin kita boleh memotong bekalan utiliti seperti elektrik, air dan sebagainya, supaya mereka tidak dapat bertahan lama,� katanya.
Beliau dalam pada itu turut mengutuk kenyataan naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang menuduh insiden pencerobohan itu sebagai sandiwara Umno.
� BERNAMA
沒有留言:
張貼留言