Alhamdulillah, menitis air mata jemaah tatkala mendengar khutbah yang cukup bersemangat dan mengharukan jemaah mengenai kejadian yang menimpa Tanah Air , Tanah Melayu bumi barakah, bumi tumpah darah..Alhamdulillah, jemaah juga tidak berganjak untuk beredar sejurus habis solat jumaat, dan ianya terus diikuti dengan solat hajat.
Beberapa rakan bloggers dan rakan sekerja juga melaporkan kawasan-kawasan masjid yang mereka pergi untuk bersolat juga mengalami perkara yang sama. Alhamdulillah. Allahuakbar! Kesedaran umat Islam Malasysia tidak luntur dan moral rakyat terus tinggi untuk menyokong PASUKAN KESELAMATAN NEGARA yang sedang berjuang mempertahankan PENCEROBOHAN terhadap Negara, demi Agama Islam dan Bangsa.
Justeru , mimbar menyeru agar rakyat menolak pengkhianatan terhadap Negara! Semboyan jihad kepada rakyat Malaysia telah dibunyikan!!
Serentak dengan itu juga, mimbar menyeru semua orang Islam mengadakan solat hajat di rumah-rumah, di kawasan komuniti mereka!Allahuakbar, Allahuakbar!!
Serentak dengan itu juga, mimbar menyeru semua orang Islam mengadakan solat hajat di rumah-rumah, di kawasan komuniti mereka!Allahuakbar, Allahuakbar!!
Khutbah juga menyatakan pihak Polis yang terkorban dalam pertempuran itu SYAHID ! Tatkala itu tertetes air mata MHS mengenangkan ahli keluarga Pihak Polis yang syahid, sudah nyata seribu kesyukuran yang tidak terhingga kerana anak mereka SYAHID mempertahankan Agama dan Negara!
Allahuakbar!!
ALLAHUAKBAR!!
沒有留言:
張貼留言