2012年12月1日 星期六

FELDA AKAN SAMAN HARAKAH, SUARA KEADILAN!

Tuduhan dan Fitnah daripada pembangkang antara penyebab saham Felda Global Ventures Holding FGVH tidak menentu di pasaran saham. Itulah pendapat yang diutarakan Ahmad Maslan , Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Ahmad yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata Presiden ANAK Mazlan Aliman yang juga jawatankuasa PASsesat Pusat menuduh FELDA menjual minyak kepada ISRAEL.

"Pembangkang adalah kumpulan pembohong dan pemfitnah kerana FELDA tidak pernah sama sekali dan TIDAK AKAN menjalankan sebarang urusniaga dengan pihak ISRAEL

Sehubungan dengan itu, pihaknya sedang berbincang dengan barisan peguam FELDA untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Suara KEADILAN dan HARAKAH yang menyiarkan kenyataan FITNAH baru-baru ini.

MHS cadangkan HARAKAH disaman sehingga RM2Bilion oleh FELDA supaya mereka insaf dan sedar akan kesalahan FITNAH yang dilakukan mereka! Ahmad Maslan walaubagaiamanapun berkata, beliau hampir tidak percaya bagaimana Harakah iaitu Lidah Rasmi parti yang mempunyai kumpulan ULAMA' PAS boleh sewenang-wenangnya menyebarkan FITNAH jahat. -Sinar-

Fitnah jahat ini tidak lain  untuk  menjatuhkan saham ramai pemegang sahamnya adalah orang Islam, peneroka-peneroka FELDA!

沒有留言:

張貼留言