2012年12月19日 星期三

96 DARIPADA 108 PELAJAR TKC DAPAT 8A. TKC TERUS CEMERLANG DI NEGERI SEMBILAN!


SEREMBAN - Kerjasama erat antara pihak sekolah, persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) serta persatuan bekas pelajar adalah antara faktor Kolej Tunku Kurshiah (TKC) terus cemerlang, menjadi antara sekolah terbaik di negara ini.
Pengetua TKC Che Kamaliah Endud berkata ketiga-tiga pihak ini bekerja sebagai satu pasukan dalam mencapai matlamat yang sama iaitu untuk memastikan setiap pelajar kolej ini sentiasa diberi bantuan dan semangat untuk fokus dan menjadi yang terbaik.

"Kami bekerjasama rapat di mana semuanya memainkan peranan memandangkan ketiga-tiga komponen utama ini memahami tanggungjawab dan skop masing-masing untuk mencapai matlamat yang dituju. Saya berharap jalinan kerjasama ini akan terus diamalkan setiap masa bukan saja dari segi akademik, malah pelbagai bidang lain," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

TKC muncul senarai teratas 15 buah sekolah terbaik di Negeri Sembilan dalam keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 yang diumumkan hari ini.

Daripada 108 orang pelajarnya, seramai 93 orang mendapat 8A dalam semua mata pelajaran.
Sementara itu, katanya, TKC akan berpindah ke Bandar Enstek, Nilai pada 1 Januari 2013. Di samping program aliran perdana, TKC akan memulakan dua program baharu -- program International Bacalaurette Diploma untuk pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Middle Year Programme International Bacalaurette untuk pelajar tingkat satu dan lima.- Bernama

沒有留言:

張貼留言