2012年12月9日 星期日

PERINGATAN CUTI SEKOLAH LAGI!

Sekiranya 2 hari yang lepas, MHS ada keluarkan artikel kerana hati-hati ketika mengunjungi Taman Tema Air dan mana-mana kolam renang di hotel-hotel kerana penyakit kencing tikus, kali ini MHS ingin juga pembaca - pembaca mengambil iktibar mengenai Kejadian Lemas ketika mandi - manda di kawasan-kawasan air tidak kiralah jika berada di  kolam renang atau di laut atau di mana-mana sahaja. 

Artikel terdahulu : kencing tikus di kolam renang

Kadangkala, ibubapa ghiarah untuk mandi-manda sehingga terlupa anak yang masih kecil terdedah dengan risiko lemas. 


Allahyarham mendukung adiknya
Petikan Berita: 

SEREMBAN � Seorang kanak-kanak lelaki mati lemas selepas mandi di salah sebuah terusan air di sebuah taman tema di Rembau, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa, Muhammad Putra Syakirin Ahmad Syahir, 6, dipercayai lemas ketika sedang bermandi seorang diri di terusan air taman tema berkenaan.
Menceritakan detik kejadian, ibu mangsa, Musyita Zahari, 26, berkata, ketika itu, dia sedang menyusukan bayi lelakinya yang berusia lapan bulan.
�Ketika sedang menyusu bayi, saya terdengar bunyi bising daripada orang ramai yang menjerit terdapat kanak-kanak lemas.
�Saya segera menyuruh suami, Ahmad Syahir Abd Aziz, 26, untuk melihat mangsa lemas itu namun tidak sangka kanak-kanak yang lemas itu adalah anak saya,� katanya kepada pemberita ketika ditemui di bilik mayat Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di sini, semalam.
Musyita yang bekerja sebagai pelayan restoran sebuah hotel di Port Dickson berkata, suaminya cuba melakukan bantuan pernafasan namun anaknya itu tidak menunjukkan sebarang respons.
�Orang ramai turut cuba membantu namun gagal dan kami segera membawa ke Klinik Kesihatan Pedas.
�Pihak klinik cuba memberi bantuan dan membawanya ke HTJ menaiki ambulans namun anak saya disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital,� katanya.
Menurut Musyita, dia tidak menyangka anak sulung daripada dua adik-beradik yang mesra dipanggil �bobob� itu akan meninggalkannya sekeluarga.
�Kejadian ini amat mengejutkan kami sekeluarga, bagaimanapun kami redha,� katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Mizan Md Dom mengesahkan ada menerima laporan berhubung kes berkenaan.
�Mangsa dipercayai meninggal dunia kira-kira jam 3.30 petang ketika dalam perjalanan ke HTJ,� katanya.
Katanya, punca kejadian masih dalam siasatan. -SINAR- 

沒有留言:

張貼留言