Pagi ini , MHS akan keluarkan artikel perkongsian Saintifik Bangun Subuh. Bab bangun Subuh ni ramai yang kekadang terkantoi termasuklah MHS. Jangan kita biarkan diri kita terus lalai bermain dengan Subuh Gajah ataupun terus tidak mengerjakan solat Subuh. Semoga perkongsian ini dapat memberikan impak kepada diri kita, negeri, negara dan agama.
Menurut Ahmadie Thaha (1983: 141) faedah bangun pagi, antaranya :
1. Pada waktu subuh, gas ozon (O3��) memenuhi sebahagian besar udara kita. Jumlah gas itu semakin berkumpul dengan munculnya matahari. Kita akan merasakan nikmat apabila menghirup udara pagi, kerana udara pagi ni mengandungi jumlah ozon yang banyak. Gas ozon sangat berguna bagi organ saraf, membuatkan kita semangat bekerja, fikiran tidak bercelaru dan anggota tubuh menjadi cergas. Tak ada waktu yang sesuai untuk kita dapat menikmati udara yang nyaman selain waktu pagi.
2. Sinar matahari pagi, mengandungi warna merah dan warna ungu memberikan pengaruh tersendiri bagi semangat kerja urat saraf, sedangkan sinar ultra violet amat bermanfaat bagi kulit di dalam proses penghasilan vitamin D.
3. Bangun pagi juga dapat mengurangkan waktu tidur. Orang yang tidur lama dalam satu waktu, akan menghidapi penyakit hati, khususnya penyakit atherosclerosis, sesak nafas.
Sejauhmana kebenaran sumber ini , kita boleh kaji lagi secara mendalam. Walau apa pun , Rasulullah SAW pernah berdoa. �Ya Allah berkatilah umatku selama mereka senang bangun Subuh.� (HR Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah). - Sumber saintifik: saljuhumairah4. Pada waktu pagi, jumlah kortozon yang terdapat dalam darah mencapai puncaknya, sekitar 7-22 mikrogram/100 ml plasma. Sedangkan pada siang hari hanya kurang dari 7 mikrogram/100 plasma. Kortozon merupakan zat yang menguatkan proses metabolisme.
Jadikan kisah DI BAWAH ini sebagai tauladan buat kita semua : - Pemergian yang baik selepas mengerjakan kewajipan kepada ALLAH S.W.T. Ia terjadi kepada orang di Malaysia.. semoga ALLAHYARHAM dicucuri rahmat..
Bilal Masjid Negeri Pahang maut selepas solat subuh
KUANTAN 17 Nov 2012 - Beberapa jam selepas melaungkan azan bagi solat subuh di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, di sini, bilal masjid berkenaan maut dalam kemalangan jalan raya hari ini.
Azamuddin Mansor, 40, meninggal dunia semasa dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan pada pukul 7 pagi.
Pegawai Penguatkuasa Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, ASP Zainalabidin Othman berkata dalam kejadian 6.40 pagi itu, Azamuddin yang menunggang motosikal sendirian bertembung dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat dekat Jalan Tun Ismail, di sini.
"Mangsa yang datang dari arah Jalan Tun Ismail telah bertembung dengan kereta terbabit ketika hendak membelok ke Jalan Bukit Sekilau.
"Mangsa yang parah di kepala dan badan dikejarkan ke HTAA untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia 20 minit kemudian," katanya kepada Bernama.
Zainalabidin berkata siasatan awal mendapati kemalangan di tengah-tengah persimpangan lampu isyarat itu berpunca daripada lampu isyarat yang tidak berfungsi. - BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121117/je_05/Bilal-Masjid-Negeri-Pahang-maut-selepas-solat-subuh#ixzz2Ejj7zvaq
� Utusan Melayu (M) Bhd
沒有留言:
張貼留言