2012年12月11日 星期二

APA ANDA AKAN LAKUKAN JIKA ANDA TERSESAT DI DALAM HUTAN DAN KOMPAS ANDA HILANG?


Adakah anda terfikir tiba-tiba anda tersesat di dalam hutan , dan anda sedari bahawa kompas anda hilang di pertengahan jalan? Apa yang MHS kongsikan hari ini adalah cara-cara Tradisional bagaimana untuk menentukan arah perjalanan tanpa menggunakan kompas mahupun GPS. 

Semoga perkara ini menjadi panduan anda kelak... 

Apabila kita berjalan tanpa kompas maka kita dapat menggunakan beberapa cara untuk menentukan arah.
1.   Tanda-tanda Fizikal 
  • Kuburan islam selalu menunjuk arah utara.
  •  Arah masjid selalu menghadap kiblat
  • Pohon yang berlumut tebal biasanya menujukkan arah timur. 
  • Dengan melihat sarang semut, sarang semut yang terletak di dekat pohon menunjukkan arah barat 

   2.    Jarum Jahit
1)   Siapkan air dalam tempat yang tidak terlalu kecil dan airnya cepat tenang.
2)   Tusukkan jarum tersebut pada gabus yang tipis.
3)   Letakkan di atas permukaan air, jangan sampai tenggelam.
4)   Tunggu sampai diam.
5)   Arah yang ditunjukkan ujung jarum adalah arah utara.

3.   Petunjuk Bintang /Matahari dan Bulan 
a)   Matahari terbit dan terbenam

   - Dengan bayangannya :
Dari bayangan panjang ke bayangan pendek menunjukkan arah timur
Dari bayangan pendek ke bayangan panjang menunjukkan arah barat

b)   Bulan
-          Bulan terbit dan terbenam
                  -    Bayangan hitam pada bulan purnama menunjukkan arah utara


        c) Bintang

a. Bintang Orion (Bajak/Belantik) untuk arah Barat


b.  Bintang Crux ( Pari, Layang � layang ) untuk arah selatan

c. Bintang Ursa Minor ( Biduk, bintang tujuh ) untuk arah utara

沒有留言:

張貼留言