2012年12月29日 星期六

PROF LEOPOLD MASUK ISLAM SELEPAS TEMUI KHASIAT DAN RAHSIA WUDU'


Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan  neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan.

FAKTA BELIAU

pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki. "

Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar.
Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. 

Pada anggota badan yang terkena semasa berwuduk terdapat ratusan titik akupunkturyang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wuduk.
Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi.
Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu sistem syaraf dan hormon bekerja untuk mengadakan homeostasis (keseimbangan). Titik-titik akupunktur, suatu fenomena yang menarik jika dibandingkan dengan syariat wuduk yang disyari�atkan sejak 15 abad yang lalu.
Malah Prof Leopold mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.


JUMLAH TITIK AKUPUNTUR DI ANGGOTA WUDUK


Muka = 84
Tangan =  95
Kepala = 64
Telinga = 125
Kaki = 125

Jumlah keseluruhan = 493!
.
Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wuduk!

Contoh di zaman Rasulullah: 

Terdapat banyak cara yang ditunjukkan Nabi Muhammad SAW kepada kita dalam usaha penyembuhan. Salah satunya adalah seperti dalam hadis seorang buta yang meminta Nabi SAW untuk memulihkan pandangan matanya.
.
Baginda SAW berkata kepada orang buta itu, �Langkah pertama adalah pergilah ke tempat mengambil wuduk dan ambillah wuduk.� Ini bermaksud wuduk adalah awal (pembukaan) dari penyembuhan untuk setiap penyakit. Jika tidak memiliki wuduk, usaha untuk menyembuhkan penyakit itu akan menjadi minima.

MHS: Prof ni terus masuk Islam selepas tahu keajaiban wuduk dan dia kata wuduk sepatutnya diamalkan oleh penduduk dunia dan bukan orang Islam sahaja! Bayangkan umat Islam perlu mengambil wuduk 5 kali sehari..:-) 

Maka , kalau anda rasa risau , gelisah, panas hati dengan suasana politik yang gharar dan fana' ni, baik lah kita mengambil wuduk dan mengingati ALLAH.Lebih baik! 

Diolah dari sumber: shofiqolbu & Bisikan Minda
.

沒有留言:

張貼留言