2012年12月20日 星期四

NIK AZIZ,: AMBO AKAN TERUS MENANG ! @nikabdulaziz #PAKATAN

Nik Aziz : " Bertanding politik BUKAN PERLU KEPADA TUBUH YANG SIHAT  tetapi akal yang sihat."

Lawak...

12 Ciri Pemimpin Yang Berwibawa Mengikut Al Farabi,

Bapa Psikologi ISLAM.


01 > Kemampuan Fizikal � Mempunyai tubuh badan yang sempurna, sihat dan bertenaga atau berkemampuan supaya dapat menjalankan tugasnya dengan mudah.

02 > Daya Ingatan Yang Kuat � Baik hafalan (ingatan) mengenai sesuatu yang dia faham, lihat dan juga bukan seorang yang pelupa.

03 > Kecerdasan Akal � Baik kefahamannya dan dapat menggambarkan setiap sesuatu yang dilafazkan atau diucapkan, serta mengetahui apa yang harus dilakukan.

04 > Bijaksana � Bijaksana dan cerdik apabila mendengar sesuatu walaupun dengan reaksi saja, dia boleh memahami sesuatu perkara.

05 > Cintakan Ilmu Pengetahuan � Sangat suka atau berminat pada ilmu pengetahuan, senang menerima ilmu dan tidak berasa penat dalam menimba ilmu pengetahuan.

06 > Luas Pengetahuan Dan Peka Dengan Sesuatu Situasi Semasa � Dapat membuat penjelasan atau huraian yang jelas berhubung dengan sesuatu perkara yang berlaku secara cepat, jelas dan tepat.

07 > Bersederhana � Tidak bersikap buruk, lebih-lebih lagi dalam hal mengenai makan minum dan hubungan kelamin serta menjauhkan diri daripada melakukan sesuatu yang hanya bersifat suka-suka.

08 > Cintakan Kebenaran � Memiliki sifat kebenaran dan mencintai kebenaran dan membenci sifat sebaliknya.

09 > Berhemah Tinggi � Memiliki jiwa yang besar atau berhemah tinggi hingga dapat mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang remeh temeh.

10 > Tidak Membenci Kekayaan Dan Tiada Kepentingan Diri - Tidak berminat untuk mengumpulkan wang ringgit dan segala bentuk kekayaan dunia yang lain.

11 > Adil Kepada Semua Pihak � Bersikap pro keadilan dan anti kezaliman dan penindasan, tidak mudah dipengaruhi oleh perkara yang buruk, sebaliknya mudah diseru kepada kebaikan, keadilan dan seumpamanya.

12 > Berani Dan Berazam Tinggi � Mempunyai keazaman yang kuat dan berani mengahadapi sesuatu perkara yang dirasakan perlu dilakukan dan tidak mudah semangat atau jiwa.



Petikan akhbar: - 


KOTA BAHRU - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi pendiriannya untuk tetap bertanding pada pilihan raya umum walaupun keadaan kesihatannya dipersoalkan.
Menurutnya untuk bertanding pada pilihan raya, ia sama sekali tidak memerlukan seseorang calon itu sihat tubuh badannya tetapi cukup mempunyai pemikiran yang baik.
"Insya-Allah...apa sahaja yang Umno tidak suka, itulah yang saya akan buat (bertanding). Bertanding politik bukan perlu kepada tubuh yang sihat tetapi akal yang sihat. Bertanding bukan semestinya untuk bertumbuk. Kalau bertumbuk saya minta maaf," kata Nik Aziz, 82, sebelum ini pernah menerima rawatan jantung.
Ketika ditanya tentang kenyataannya yang pernah membayangkan untuk bersara daripada politik, beliau menjelaskan ia hanya terpakai sekiranya Umno menerima dasar Islam sebagai perjuangannya.
"Selagi Melayu sokong Umno, wajib bagi saya melawan," katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar di JKR 10 di sini, hari ini.- Bernama


沒有留言:

張貼留言