顯示具有 felda 標籤的文章。 顯示所有文章
顯示具有 felda 標籤的文章。 顯示所有文章

2012年12月23日 星期日

SIAPA MAZLN ALIMAN DI MATA ORANG FELDA BUKIT ROKAN, ROKAN UTARA , GUGUSAN JELAI DAN RAJA ALIAS DI JEMPOL?!!

Mazlan Aliman tidak sepopular Mazlan PET-PET , malah Mazlan Aliman ini popular dengan gelaran penyebar fitnah FELDA ketika ini kerana menyebar cerita-cerita fitnah yang bersifat gosip dan tidak menguntungkan penduduk FELDA malah menjatuhkan harga saham FELDA dengan cerita-cerita dongeng nya itu!

Disebabkan itulah, kegeraman penduduk FELDA kawasan sekitar  dilampiaskan di dalam Perhimpunan Oren yang diadakan mamat ini. 

Penyebar Fitnah patut dikenakan Hukum Hudud! 

Sebahagian besar penduduk di Felda Rokan Utara berkumpul untuk tidak membenarkan penyebar fitnah masuk ke kampung, rumah kediaman mereka

Petikan Akhbar: 

TAMPIN - Jelajah Oren Selamatkan Felda yang dianjurkan Persatuan Felda Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) di sembilan penempatan Felda di negeri ini, semalam kecoh apabila ratusan orang ramai, sebahagian besar penduduk di situ, menghalang laluan konvoi.

Mereka berbuat demikian bagi menyekat perhimpunan yang dijadualkan menjelajah kawasan Felda menyebabkan penganjur gagal memasuki empat kawasan Felda iaitu Felda Kepis, Kuala Pilah; Bukit Rokan Barat, Jempol; Bukit Rokan Utara, Tampin dan Gugusan Jelai, Gemas.


Dalam kejadian bermula kira-kira 10.15 pagi itu, jelajah yang diketuai Mazlan Aliman tiba di Felda Bukit Rokan Utara, di sini dan disekat kira-kira 100 penduduk yang tidak mahu orang luar masuk ke penempatan mereka melakukan jelajah berkenaan.



Menurut sumber, kekecohan berkenaan berlaku apabila penganjur dan peserta jelajah tetap berkeras untuk masuk ke penempatan Felda di situ.



�Berlaku pertengkaran daripada kedua-dua belah pihak menyebabkan peserta jelajah berkenaan terpaksa beredar.  Bagaimanapun, ketika mereka mahu beredar, sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna oren terlanggar sebuah motosikal penduduk sehingga mencetuskan pertelingkahan.



"Salah seorang penduduk yang berang menyerang kenderaan berkenaan dan memecahkan cermin hadapan kenderaan sehingga menyebabkan salah seorang peserta jelajah cedera ringan,� katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.



Kekecohan itu, bagaimanapun, reda selepas polis bertindak dengan menasihatkan mereka yang berkumpul supaya bersurai dengan segera.



Difahamkan, selepas kekecohan di Felda Bukit Rokan Utara, dekat sini, orang ramai turut berkumpul di setiap pintu masuk penempatan Felda lain, dekat sini menyebabkan penganjur mengambil keputusan membatalkan program jelajah terbabit, semalam.



Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan Mohd Isa Ujang mengesahkan menerima laporan berhubung insiden berkenaan.
Katanya, polis sedang menyiasat kejadian tersebut.



"Kejadian berkenaan menyebabkan pihak polis terpaksa mengerahkan 12 anggota membabitkan dua pasukan rusuhan kecil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin untuk berkawal di persimpangan Jelai bagi mengawal keadaan," katanya.



Difahamkan, kekecohan program Jelajah Oren, semalam, merupakan pertama kali berlaku di Negeri Sembilan.



Sebelum ini, kekecohan sama pernah berlaku pada Konvoi Oren Selamatkan Felda yang berlangsung pada 3 November lalu di Felda Lawin Selatan, Gerik, Perak. -SINAR HARIAN- 

2012年12月13日 星期四

FELDA , BUKTI NYATA ...MANFAAT KEPADA RAKYAT!

Sayangnya dekat FELDA. Apa akan terjadi dekat orang-orang FELDA kalau PR perintah nanti yer. Dengar kata, FELDA akan dibubar..



Sayang kalau FELDA dibubar. Harap rakyat dapat mempertahankan FELDA.. 


Grafik: MyMassa 

Mereka ni mahu perkasakan FELDA ke mahu runtuhkan FELDA ... 

2012年12月1日 星期六

FELDA AKAN SAMAN HARAKAH, SUARA KEADILAN!

Tuduhan dan Fitnah daripada pembangkang antara penyebab saham Felda Global Ventures Holding FGVH tidak menentu di pasaran saham. Itulah pendapat yang diutarakan Ahmad Maslan , Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Ahmad yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata Presiden ANAK Mazlan Aliman yang juga jawatankuasa PASsesat Pusat menuduh FELDA menjual minyak kepada ISRAEL.

"Pembangkang adalah kumpulan pembohong dan pemfitnah kerana FELDA tidak pernah sama sekali dan TIDAK AKAN menjalankan sebarang urusniaga dengan pihak ISRAEL

Sehubungan dengan itu, pihaknya sedang berbincang dengan barisan peguam FELDA untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Suara KEADILAN dan HARAKAH yang menyiarkan kenyataan FITNAH baru-baru ini.

MHS cadangkan HARAKAH disaman sehingga RM2Bilion oleh FELDA supaya mereka insaf dan sedar akan kesalahan FITNAH yang dilakukan mereka! Ahmad Maslan walaubagaiamanapun berkata, beliau hampir tidak percaya bagaimana Harakah iaitu Lidah Rasmi parti yang mempunyai kumpulan ULAMA' PAS boleh sewenang-wenangnya menyebarkan FITNAH jahat. -Sinar-

Fitnah jahat ini tidak lain  untuk  menjatuhkan saham ramai pemegang sahamnya adalah orang Islam, peneroka-peneroka FELDA!