顯示具有 hezbollah 標籤的文章。 顯示所有文章
顯示具有 hezbollah 標籤的文章。 顯示所有文章

2012年11月26日 星期一

Tel Aviv bakal dihujani roket Hezbollah!

Fajr-5
Pemimpin Hezbollah Sayyed  Hassan Nasrallah memberi amaran bahawa ribuan roket bakal menghujani bumi Tel Aviv dan bandar-bandar dalam Israel jika Lubnan diserang. 

"Israel akan menerima bedilan roket Fajr-5 secara berterusan selama lapan hari di Tel Aviv dan bandar-bandar lain jika Lubnan diserang. "

Beliau berkata pengumuman mahu menyerang Israel selama lapan hari itu merujuk kepada tempoh keganansan tentera Yahudi tersebut terhadap penduduk Gaza yang berakhir dengan gencatan senjata selepas campur tangan Mesir lima hari lalu. 

Akhbar tempatan melaporkan roket Fajr-5 seberat 175 kg merupakan senjata paling kuat dan peluru jarak jauh yang pernah dilancarkan Gaza sejauh 75km dan mampu membedil Tel Aviv dan Baitulmaqdis. 

Kumpulan pejuang Hezbollah mempunyai lebih 50,000 peluru termasuk mortar yang berupaya menghancurkan Tel Aviv. 

Untuk rekod, Lubnan merupakan sebuah negara yang terletak di timur laut Mediterranean, berkeluasan seluas 10,452 kilometer persegi. Ianya terbahagi kepada enam wilayah iaitu Beirut, Bekaa, Liban-Nord, Liban-Sud, Mont Liban dan Nabatiye. Lubnan berjiran dengan Syria di utara dan timur manakala Israel adalah di bahagian selatan.


Jumlah penduduk di Lubnan adalah lebih kurang seramai 4 juta penduduk. Terdapat sejumlah 400,000 pelarian Palestin yang tinggal di Lubnan. Majoriti penduduk adalah berketurunan Arab (95%) dan selebihnya adalah kumpulan minoriti seperti Armenia, Assyrians, Kurd dan Chaldean.

Inilah dia Roket  Fajr-5 yang juga digunakan Hamas di Palestin 





  • Roket Qassam
  • Dikembangkan dan digunakan oleh sayap bersenjata Hamas, Brigade Al-Qassam
  • Memiliki jangkauan 15 kilometer.
  • Roket artileri baja
  • Hulu ledak dengan berat maksimum 10 kilogram
  • Roket Qassam 1 berdiameter 60 mm, dapat membawa hulu ledak 0, 5 Kg dan memiliki jangkauan maksimum 3 km.
    Roket Qassam 2 berdiameter 150 mm, dapat membawa hulu ledak 5 sampai 7 Kg dan memiliki jangkauan maksimum 8 Km.
    Roket Qassam 3 berdiameter 170 mm, dapat membawa hulu ledak 10 kg dan memiliki jangkauan maksimum 10 Km.

2012年11月21日 星期三

PELIK ! MENGAPA HEZBOLLAH TIDAK MEMBANTU HAMAS?! 1 ANALISIS-

Hezbollah yang mempunyai kapasiti menyerang dengan kedudukan 40,000 roket dan peluru berpandu misil tidak meletakkan bala tenteranya pada kedudukan menyerang ISRAEL dan tidak membantu Hamas di dalam peperangan ini. Hezbollah seolah-olah tidak mahu mencampuri konflik HAMAS-ISRAEL padahal mereka mampu untuk melakukan kemusnahan yang teruk kepada pihak Israel sepertimana yang dilakukannya pada tahun 2006. 


Kebanyakan Penganalisis percaya bahawa Hezbollah yang telah menguasai Kerajaan Lebanon lebih 4 tahun , mempunyai tanggungjawab kepada kerajaannya, rakyatnya dan negaranya dan khuatir sekiranya mereka masuk campur di dalam konflik HAMAS-ISRAEL ia akan membawa Lebanon kepada kancah peperangan.  

Kebanyakan Penganalisis Barat berpendapat bahawa Hezbollah sekarang seperti bekerja mengikut jadual sendiri dan tidak mencampuri konflik HAMAS-ISRAEL tersebut. Walaubagaimanapun, penganalisis percaya bahawa ini bukan petunjuk bahawa Hezbollah sudah mahu berbaik-baik dengan Israel. Mereka masih berpendapat, Hezbollah sedang menyeimbangkan keperluan negara dan rakyatnya selaku kerajaan, kestabilan sekutu rapatnya iaitu Presiden Assad di Syria dan kestabilan Iran selaku negara pengeluar senjata dan teknologi di rantau berkenaan.

Walaubagaimanapun , Konflik di Syria juga merupakan ramuan yang tidak 'membenarkan' Hezbollah bertindak agresif kerana Syria , sekutu Hezbollah sedang bergelut dengan masalah dalaman perang saudara yang teruk. 

Mesir dalam ketika ini dipimpin oleh Ahmad Morsi dilihat berseorangan dalam membantu konflik di Gaza di rantau berkenaan. Ini dapat dilihat dengan pembukaan pintu-pintu sempadan di Mesir kepada pelarian Palestin yang sebelum ini memperlihatkan pintu -pintu sempadan tidak akan dibuka jika Palestin dibedil oleh tentera Israel yang ganas. 


Tentera Hezbollah

Roket Hezbollah
Apa-apa pun pergolakan di rantau berkenaan, nampaknya tidak banyak perubahan dari aspek kesepaduan negara-negara Arab untuk mengecutkan perut Negara Yahudi Laknatullah tersebut kecuali adanya pakatan sulit di antara Hezbollah dan Iran yang sememangnya menunggu masa yang sesuai untuk menyerang ISRAEL, Wallahualam. 

Kita mendoakan negara-negara Islam di dunia ini bersatu dalam membela nasib orang-orang ISLAM yang ditindas dan disembelih saban hari di Gaza. Cuba anda bayangkan sekiranya Mesir, Iran, Syria, Arab Saudi, Lebanon(Hezbollah) bergabung di rantau arab itu dan menyerang ISRAEL, MHS yakin Israel tidak akan berani tunjuk muka menyembelih orang-orang Palestin lagi. Negara-negara Islam yang berada di luar rantau arab seperti Malaysia , Indonesia dan Brunei juga mungkin akan membantu. Namun percayalah, perkara ini pasti akan berlaku. Kemenangan Tentera ISLAM sudah semakin hampir... Allahuakbar.. wassalam.. 

MHS menyarankan kita banyak menyedekahkan Al Fatihah dan Surah Al Ikhlas buat  Mujahedeen dan masyarakat Islam Gaza yang sedang berjuang mempertahankan akidah , tanah dan maruah Islam dari terus dirobek oleh anjing-anjing Israel..