2012年11月11日 星期日

Harun Taib perli #Nurulizzah : "TARIK BALIK JIKA RASA BERSALAH"


MHS tidak tahu sama ada ini adalah kata-kata perlian daripada Ketua Dewan Ulama' PAS kepada #Nurulizzah berhubung kenyataannya terhadap kebebasan agama perlu juga diberikan kepada bangsa #Melayu. Namun umum mengetahui, kenyataan sebegitu merupakan satu yang tidak betul terutamanya apabila ia melibatkan hukum dan Akidah bangsa Melayu yang beragama ISLAM. 

Namun MHS yakin kenyataan ini ikhlas keluar daripada seorang Ulama' yang berada di dalam #pas iaitu kenyataan itu mengundang kekeliruan ummat #Islam. 

Persoalan: Pemimpin jenis apakah ini jika setiap kenyataan mereka mengundang kekeliruan??

Kenyataan Akhbar:
KUALA TERENGGANU 11 Nov. - Dewan Ulama Pas hari ini menyerahkan kepada orang ramai untuk menilai kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar berhubung orang Melayu perlu diberi kebebasan memilih agama.
Ketuanya, Datuk Harun Taib percaya rakyat sudah tahu menilai kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Selain itu, beliau berkata, terserah kepada pertimbangan Nurul Izzah sama ada perlu menarik   balik kenyataannya yang penuh kontroversi itu atau tidak.

Tegasnya, hanya Nurul Izzah sendiri yang tahu menilai keperluan untuk menarik balik kenyataan itu atau pun sebaliknya memandangkan anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu lebih mengetahui ketepatan sebenar fakta yang diluahkannya.
Jelas Harun, sekiranya Nurul Izzah rasa bersalah atas kesilapan kenyataan yang dinyatakannya tempoh hari, Naib Presiden PKR itu sewajarnya menarik balik kenyataan tersebut bagi mengelak timbul kekeliruan dalam kalangan umat Islam.

Sementara itu , Mohamad Hassan, Montori Bosar Nogor Sembilan menyifatkan kenyataan dibuek Naib Presiden PKR itu sebagai satu kesilapan yang bosar.  "Jika benar dia berkata begitu, maka perkara ini amat dikesali. Kenyataan sedemikian tidak seharusnya keluar dari mulut pemimpin apatah lagi beragama ISLAM sepertinya"

MHS merasakan ini jelas menunjukkan kesemua pemimpin ISLAM menolak kenyataan ini. Kenyataan yang dangkal seperti ini tidak lain hanya berniat untuk mempergunakan agama sebagai alat politik demi menarik sokongan Bukan ISLAM.

"Anwar Ibrahim dan anaknya harus bertaubat!" ALLAHUAKBAR!



沒有留言:

張貼留言