2012年11月6日 星期二

KEBEBASAN AGAMA: ANWAR SALAHKAN ORANG UMNO LAGI

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (Mais) terkejut dengan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataannya berkaitan isu kebebasan beragama, sebagaimana dipetik oleh beberapa media sejak hujung minggu lalu.

"Mais berasa begitu terkejut dan kesal dengan kenyataan dikeluarkan oleh YB Nurul Izzah dalam forum Negara Islam: Versi Mana, Siapa Bertanggungjawab?" kata Pengerusinya, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, Mais telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor membuat siasatan untuk tindakan sewajarnya -Sinar - 

Sementara itu dalam kenyataan lain , Anwar Ibrahim menyalahkan UMNO dalam hal ini dengan menyifatkan 'berkemungkinan' orang UMNO yang menelefon JAIS untuk buat siasatan terhadap anaknya. 


KERATAN SINAR

"Anwar mendakwa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berkemungkinan menerima panggilan telefon daripada ibu pejabat Umno mengarahkan supaya Nurul Izzah dipanggil untuk disoal siasat berhubung laporan yang dikaitkan dengannya bertajuk �Melayu bebas pilih agama?� yang disiarkan Mingguan Malaysia."

沒有留言:

張貼留言