2012年11月3日 星期六

EKSLUSIF: LAPORAN TELUS DAN SEIMBANG HIMPUNAN RAKYAT

Seremban 4/11/2012 - Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan di Seremban Jaya Seremban melihatkan sejumlah besar penyokong pakatan pembangkang berjaya dimobilasikan daripada Perak, Kedah, Kelantan, Selangor, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang , Melaka dan Johor.
Penganalisian bagi perkara ini telahpun dilakukan oleh pemerhati-pemerhati bebas yang berada di situ dengan loghat cara cakap mereka, dengan beg-beg yang mereka bawa, bas-bas yang datang serta plat-plat nombor kenderaan yang dirakam sepertimana blogger-blogger lain dah dedahkan.

 Meskipun jangkaan awal pihak penganjur ingin mengumpulkan 50,000 penyokong, pihak penganjur akhirnya sekurang-kurangnya dapat menghimpunkan 10% daripada jumlah itu iaitu 5000 orang sahaja. Ini menolak propaganda HARAKAH yang menyatakan 10,000 telah hadir di dalam himpunan mereka.

MHS berpendapat perhimpunan ini telah berjaya dilaksanakan oleh pihak penganjur kerana berjaya mengumpulkan HARDCORE-HARDCORE PAS, PKR dan secubit daripada DAP. Daripada jumlah itu , dikenalpasti tidak sampai lebih kurang 600-700 orang masyarakat dari Negeri Sembilan berdasarkan jumlah kenderaan yang berplat "N" dan "W" . Itupun kami perlu mengambil kira plat W sebab ramai orang Negeri Sembilan juga menggunakan plat itu.  

Dari segi teknikal, Sistem Suara (PA SISTEM) juga kurang memuaskan. Lebih separuh tetamu iaitu yang berada di lingkungan radius gerai pameran dan gerai jualan makanan, tidak mendengar butir bicara pemidato. Hal ini menyebabkan mesej yang disampaikan tidak jelas.

Dari segi penganalisian Kategori Peserta , mereka yang hadir 75%-80% adalah mereka yang memegang jawatan tertentu di dalam ranting, cabang, cawangan atau bahagian PKR dan PAS serta pimpinan tinggi DAP Pulau Pinang seluruh Negara. (Itu pun kerana Lim Kit Siang turun, jika tidak kemungkinan jumlah DAP adalah berkurangan).

Maka untuk mengandaikan NEGERI SEMBILAN bakal menjadi mangsa tsunami politik kepada PR adalah pendapat yang sangat dangkal dan satu andaian yang silap. 

-MHS AKAN DEDAHKAN LAGI PERKARA-PERKARA YANG MENARIK SEBENTAR LAGI- ADIOUS AMIGOS!  Rasanya orang-orang PR yang hadir dapat merasai kebenaran perkara ini. Sekian, Wallahualam.Allah Maha Mengetahui.

沒有留言:

張貼留言