2012年12月8日 星期六

JAGA!BAHYA CUTI SEKOLAH! KENCING TIKUS!

Musim cuti sekolah merupakan musim yang ditunggu-tunggu bukan sahaja oleh anak-anak yang bersekolah dan guru-guru malah oleh para ibu bapa. Masa ini lah mereka boleh bercuti dan bersantai bersama keluarga. 

Namun, musim sekolah pada kali ini juga memperlihatkan beberapa negeri di pantai barat Malaysia seperti Johor, Selangor, Melaka , Negeri Sembilan dan Selatan Perak mengalami musim tengkujuh dan hujan turun dengan kuantiti yang lebih banyak berbanding biasa. Hal ini menyebabkan ramai ibubapa menjauhi laut, dan air terjun.. 

Alternatifnya , tempat yang mereka selalu pergi pada musim ini adalah taman-taman tema air dan kolam-kolam renang di hotel-hotel. 

Malangnya, jikalau kita tidak berhati-hati, kawasan-kawasan ini juga menjadi tempat/kawasan risiko kita dan keluarga dijangkiti penyakit yang boleh membawa maut, iaitu Kencing Tikus- 

So , MHS nasihatkan kita berwaspada -

Mari kita kenali tanda-tanda penyakit kencing Tikus: - 


Gejala :
  1. Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
  2. Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala. Gejala ini melibatkan lebih kurang 75% hingga 100% pesakit.
  3. Batuk tidak berkahak (25%-35% kes)
  4. Loya, muntah dan cirit-birit ( 50 kes) Sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut adalah gejala yang kurang berlaku.
  5. Radang selaput mata.
  6. Antara 7% hingga 40% pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak,kekerasan otot, perubahan bunyi pada paruparu atau ruam.

Faktor risiko termasuklah:
  • Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas- Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja system pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
  • Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
  • Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
  • Terdedah di tmpt yang banjir dimana air kencing tikus tercemar di dalamnya,apabila terkena kulit yang luka,masuk dalam mata,hidung atau mulut(terminum) virus akan menjangkiti.

沒有留言:

張貼留言