2012年9月9日 星期日

10 Negara Paling Bermisai di Dunia..Ini Wajah Mereka (Gambar)


Ini 10 negara yang penduduk lelaki bermisai terbanyak di dunia menurut askmen.com


                                                                       Bulgaria

 Negara ini dikenali sebagai bangsa berbulu. Warga Bulgaria cinta akan misai lebih baik daripada cinta mereka pada muzik, bola sepak dan bola tampar. Bertahun-tahun di bawah Kesatuan Soviet memberikan pengaruhnya pada perubahan di Bulgaria. Kini banyak dilihat lelaki bermisai seperti masa pemerintahan komunis di sana sebelum era 1990-an.

 Hungary

 Negara ini menjadi negara di rantau Eropah Timur kedua paling banyak lelaki bermisai. Gaya bermisai di negara ini, lazim disebut 'misai Wild West', menjadi salah satu kategori dalam Kejohanan Misai dan Janggut Dunia.

Memang misai pada masa ini di negara berpopulasi 10 juta itu hanya menjadi pilihan gaya, namun populariti misai masih tenar.

Amerika Syarikat (AS)

 Dianggarkan oleh sejarawan misai, sekitar 10 juta laki-laki di AS memelihara misai. Laki-laki AS juga pernah mendominasi juara di 'Kejohanan Misai dan Janggut Dunia'. Meski arah mode berubah menjadi semakin klimis, namun lelaki bermisai di AS semakin bertambah banyak.

Turki


Seiring perkembangan Turki yang semakin bersepadu dengan perkembangan ekonomi Eropah, ada kebimbangan lelaki-lelaki bermisai semakin hilang. Makin banyak lelaki mencukur misainya kerana tuntutan penampilan profesional dan moden.

Namun misai masih berperanan dalam masyarakat Turki, sebagai simbol maskulin di negara berpenduduk 75 juta. Misai, juga janggut juga merupakan anjuran agama di negara yang 99 peratus penduduknya adalah muslim Sunni.


Mesir


Dengan 83 juta penduduk, negara paling padat di Timur Tengah ini majoriti juga beragama Islam. Jadi memelihara rambut wajah seperti janggut dan misai bukan hal yang asing. Beberapa ahli politik tenar di negara Cleopatra ini berperanan besar untuk mempopularkan misai, sebut saja Pressiden Gamal Abdul Nasser dan Presiden Anwar Sadat.

IRAN

 Sebagai penduduk Muslim Syiah terbesar dengan populasi 70 juta orang dan budaya Parsi memberikan pengaruh bahawa lelaki-lelaki di negara itu bangga akan misainya.

Para pemimpin di Iran, seperti Ayatollah Khamenei dan Presiden Mahmoud Ahmadinejad wajahnya popular dengan bermisai. Ikon bolasepak negara itu, Ali Daei, juga popular wajahnya dengan bermisai.

Germany

 Misai dan Jerman. Orang pasti akan terus ingat dengan pemimpin fasis Nazi Adolf Hitler yang misainya mirip Charlie Chaplin. Selain Hitler, ada pula bekas Canselor Jerman Otto von Biscmark, ahli falsafah Friedrich Nietzsche yang dengan tegas menyatakan bahawa bermisai salah satu komponen falsafah hingga Albert Einstein yang menjadikan misai sumber ideanya.

Anak-anak di Jerman sudah diajar menumbuhkan dan memelihara misai sejak umur 7 tahun. Jerman juga mempunyai banyak kelab yang sekutu dengan Kejohanan Kumis dan Janggut Dunia dan selalu mendapat nombor dalam.


Pakistan

 Pakistan merupakan negara berpenduduk Muslim kedua terbesar di dunia, sekitar 173 juta orang. Lagi-lagi kerana pengaruh agama, lelaki berkumis plus berjanggut menjadi hal yang biasa.

Beberapa tokoh Pakistan seperti sasterawan Mohammed Iqbal, pemain kriket Javed Miandad, bekas Presiden Pervez Musharraf dan Presiden Asif Ali Zardari adalah beberapa yang berkumis. Pengaruh tokoh-tokoh ini masih kuat menyebarkan 'virus' berkumis di negara itu.

  Mexico
 Salah satu stereotaip lelaki Mexico adalah misai. Mexico mempunyai sejarah budaya yang panjang dengan misai, sebagai lambang maskulini. Sebut saja tokoh revolusi Mexico, Emiliano Zapata dan Pancho Villa.

Sebenarnya penduduk asli Mexico tidak mempunyai budaya memelihara misai, tetapi sejak kedatangan bangsa Eropah, kumis menjadi berkembang kerana menunjukkan status superior saat itu. Nah sejak itu lelaki di negara berpenduduk 103 juta ini rupanya lebih senang memelihara misai.

India


Negeri berpenduduk kedua terbesar di dunia ini, sekitar 1,2 bilion, majoriti penduduk lelakinya di bahagian selatan, sekitar 80 peratus berkumis. Kumis merupakan komponen penting dalam budaya India, sebagai lambang kejantanan.

Lelaki dari India juga pernah memegang rekod misai terpanjang pada tahun 2004, 12,5 kaki alias 3,8 meter! Wow!



Terima kasih Telah Membaca Artikel Di tabekpuang.blogspot.com- Jika  Artikel Ini Dirasa Bermanfaat Tolong Share Kepada rakan-rakan Anda dan Like Page atau Follow Kami

沒有留言:

張貼留言