2012年9月22日 星期六

Masyarakat tempelak DAP! Apa tunggu lagi?

Seremban 22/9/2012 - Kebiadapan DAP dalam merencana agenda mereka secara halus menghancurkan Islam perlu dipandang serius oleh masyarakat Islam dan perlu disusuli dengan tindakan membantah mereka dan tidak menyokong mereka. Ia jelas dengan kenyataan-kenyataan pimpinan mereka yang memualkan masyarakat ISLAM. 

"Masyarakat Islam perlu 'mengajar' mereka ini dengan tidak menyokong mereka pada PRU 13 nanti " , jelas seorang Arkitek Muda yang ditemuramah. 

Mereka bukan sahaja menentang bangsa Melayu malah menentang ISLAM. Di dalam ucapan Anthony Loke (DAP Rasah) baru-baru ini di hadapan penyokong-penyokong PAS di Negeri Sembilan , beliau mengakui DAP tidak akan mendokong agenda Penggunaan Hukum HUDUD apabila PR memerintah negara. 

Apa yang peliknya, tatkala UMNO mula membuka minda dan menyifatkan kesedaran Hukum HUDUD perlu dipupuk kepada masyarakat di Malaysia, PAS masih menganggap parti UMNO bukan rakan mereka sedangkan DAP jelas menentang hukum tersebut meskipun mereka telah lama bersekongkol. 

沒有留言:

張貼留言