2012年9月20日 星期四

Google sekat filem anti-Islam di Youtube

SINGAPURA: Google menyekat pengguna YouTube daripada mengakses klip filem anti-Islam yang menyebabkan keganasan di negara Islam, atas permintaan kerajaan Singapura.

Cubaan untuk menonton filem bajet rendah Innocence of Muslims di laman web perkongsian video kepunyaan Google itu membawa pengguna kepada paparan mesej berbunyi: �Kandungan ini tidak boleh didapati di negara anda atas permintaan kerajaan.�

Google juga menyekat akses klip video itu di negara jiran yang mempunyai penduduk majoriti Islam, Malaysia dan Indonesia.

Jurucakap Google berkata, �Di tempat di mana kami melancarkan YouTube untuk kegunaan tempatan dan diberitahu bahawa video tersebut haram di negara itu, kami akan menyekat akses setelah melakukan kajian mendalam.� - Straits Times

Sumber : Hmetro

沒有留言:

張貼留言