2012年9月24日 星期一

CERAI 3 HARI?

Vanidah, Rashidi kesal salah faham dialog cerai dalam Untuk Tiga Hari pix_gal0 

Pasangan popular, Vanidah Imran dan Rashidi Ishak mempersoalkan tindakan pihak yang meragui status perkahwinan mereka hanya berdasarkan dialog cerai dilafazkan Rashidi dalam filem Untuk Tiga Hari yang mula menemui khalayak minggu lalu. 


Meskipun berita yang disiarkan di sebuah akhbar harian itu, semalam, dianggap sesuatu yang melucukan, Vanidah atau lebih akrab disapa Vee berkata, soal perkahwinan dan perceraian bukanlah perkara yang boleh dibuat main-main. 


�Jangan mudah menilai kami. Walaupun kami artis, tapi kami masih tahu hukum-hakam, apatah lagi jika membabitkan rumah tangga. Dalam filem itu, tiada langsung babak Rashidi melafazkan cerai terhadap saya. 

Kaji dulu skrip 

Sebaliknya, babak dimaksudkan membabitkan watak Juwita lakonan Ayu Raudhah. 

�Setiap kali ada tawaran yang memerlukan kami berlakon sebagai pasangan suami isteri, saya akan kaji terlebih dulu skripnya. Jika ada babak bercerai ataupun perkataan �lepaskan� sekalipun, kami akan tolak. Kalau berdasarkan dialog yang ditulis dalam artikel berkenaan, itu hanyalah sekadar perancangan watak Affin (Rashidi), yang mahukan saya meminta cerai daripada suami saya, watak dilakonkan Afdlin Shauki,� kata Vee ketika dihubungi Hip, semalam. 



Apa yang dikesalkan pemenang Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia ke-21, disebabkan salah faham dan kekeliruan ditimbulkan artikel berkenaan, ia akan mengheret kepada pelbagai spekulasi. 

Mangsa fitnah 

�Secara tidak langsung perkara ini akan membuat masyarakat sangsi dengan rumah tangga kami dan sekali gus mengundang spekulasi tidak berkesudahan. 

沒有留言:

張貼留言