2012年9月28日 星期五

TAHUN SYURGA BAGI PENJAWAT AWAM

Seremban 29/9/2012 - Tahun ini bagaikan tahun syurga bagi penjawat awam. Manakan tidak, penjawat awam mendapat 3 keistimewaaan serentak pada tahun ini. Ia bermula dengan:

1. Peningkatan 13% gaji pokok penjawat awam ditambah pula dengan kenaikan Elaun Sara Hidup sebanyak RM 50 Sebulan
2. Peningkatan gaji tahunan yang sememangnya diberi setiap tahun berdasarkan Laporan Prestasi Tahunan. Itupun ditingkatkan jumlahnya berbanding tahun-tahun dahulu
3. Dan yang terkini adalah pemberian bonus 1 1/2 bulan yang diberi 1/2 bulan bermula sebelum Aidilfitri, 1/2 bulan dibayar Disember dan 1/2 bulan dibayar pada Januari.

Bagi Penjawat Awam, tiada apa yang perlu diucapkan selain daripada memanjatkan kesyukuran kepada ILAHI. Inilah yang dinamakan rezki. Diharapkan kecekapan pengurusan negara yang membolehkan Kerajaan Malaysia memberikan insentif-insentif seterusnya untuk kebajikan rakyat!

沒有留言:

張貼留言