2013年10月25日 星期五

KEWANGAN NEGARA PERLUKAN GST, KERAJAAN LAKSANAKAN DENGAN BERHATI-HATI .

Kedudukan kewangan negara sangat memerlukan GST dilaksanakan. Ia dapat dilihat apabila terdapat sistem percukaian sedia ada terdapat lompong-lompong yang merugikan negara. Bukan niat MHS untuk mempertahankan Kerajaan membabi buta, tetapi terdorong untuk tulis artikel ini selepas melihat penghujahan daripada fitnah puak berhaluan KIRI terlalu dangkal dan bersifat PERSEPSI!

Jika pembaca MHS ini menganalis dengan lebih lanjut, semaklah semua barang yang dijual kepada kita ketika ini , ternyata sebenarnya dengan sistem percukaian Jualan dan Perkhidmatan (Cukai Sedia ada yang kini dimansuhkan Kerajaan) kita sebenarnya dikenakan cukai terhadap keseluruhan barang yang ada di rumah kita. Namun, akibat ketidakcekapan cukai ini, keuntungan daripada cukai tersebut bukannya dapat kepada Kerajaan Malaysia , tetapi dapat kepada para peniaga dan pemborong kerana mereka selalunya mengenakan margin keuntungan terhadap harga yang telah bercukai. Tambahan pula cukai Jualan dan Perkhidmatan adalah berkadar 10% dan 6%. 

Di bawah ini sedikit contoh paling ringkas menghuraikan perbezaan percukaian yang diguna Malaysia:

Apa beza dengan GST?

1. Kadar GST tidak dikenakan terhadap semua barangan. Terdapat barang atau perkhidmatan yang dikecualikan daripada GST.

2. Ya, memang akan ada pertambahan harga barang , tetapi pertambahan harga barang ini adalah terhadap barang-barang yang sedikit yang dahulunya tidak dikenakan cukai Jualan dan Perkhidmatan. Tetapi, barang-barang yang sememangnya dikenakan cukai jualan sebanyak 10% akan mengalami penurunan harga kerana GST yang dikenakan Kerajaaan hanyalah 6%. (Berlaku penurunan 4%).

3. Pelaksanaan GST akan dipantau ketat oleh sistem perkomputeran yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia. Maksudnya, peniaga dan pemborong akan menggunakan sistem ini bersama-sama dengan Kerajaan (macam e-perolehan / eSpkb bagi pegawai Kerajaan dan pembekal yang selalu membekal barangan dan perkhidmatan kepada Kerajaan Malaysia.

4. Kerajaan Malaysia yang melaksanakan GST sangat berhati - hati dengan pelaksanaannya dengan mencadangkan banyak insentif kepada peniaga dan pengguna bagi mengelakkan spekulasi harga barang yang meningkat. (Lihat bajet 2014 berkenaan pelaksanaan GST DISINI.
Maka, amatlah tidak bertepatan jika kita menghentam terus pelaksanaan GST ini sekiranya kajian dan bacaan lanjut tidak kita baca. MHS berharap pembaca-pembaca MHS adalah mereka yang bijak dan membuat analisis berdasarkan fakta bukannya berdasarkan auta.


 Dari Meja MHS ke dalam Hati Pembaca -

沒有留言:

張貼留言