2013年10月13日 星期日

INFO BOMOH MASALAH PERCINTAAN

INFO BOMOH MASALAH PERCINTAAN


Salam semua sahabat , terima kasih MB ucapkan kepada yang masih sudi melawat blog usang mindaberahi. Dah berbulan MB tak buat post baru bukan apa cuma sebok menjelajah malaysia cari bomoh cinta untuk kawan baik MB. Biasalah kawan baik MB ni sudah berumur sikit jadi memang boleh dikatakan dia tertekan bila tengok kekawan dia semua dah naik pelamin. Jangan salah faham kalau ada yang terfikir kawan MB ni tak pandai cari awek pula sebab kalau sebelum ni memang dia pernah bercouple tapi entah tak tahan lama. Ada saja halangan sebagai contoh awek dia kena kebas dengan mat bangla ( gurau ja yang mat bangla tu ) dan ada juga awek yang cuma nak kikis daki ( duit ) dekat badan dia bila badan dia dan bersih dari daki ( duit ) awek tu pun blah macam tu ja.

Mula MB ikut dia rasa seronok jalan kesana sini cari bomoh yang kononnya power tapi makin lama rasa naik letih mental ni. Ramai juga bomoh yang kami jumpa tak kira bangsa dah dan juga bermacam cara yang kami lakukan. Dari gantung gambar , perasap gambar dengan gerharu cina , korek tanah tanam benda , tabur serbuk apa tah depan rumah orang yang kita target sampai lah dia beli minyak yang harga ribuan ringgit tapi entah satu pun tak menjadi ( mungkin nasib tak baik sebab tu tak menjadi ). Tapi yang paling sadis tu ada juga bomoh ni kami pergi berulang kali sekejap cara ni lepas tu cara tu pula duit tiap kali pergi kena bayar , sekali bayar memang la sikit sahaja rm50 je tapi kalau dah berulang kali pergi memang kawan MB ni boleh di cop sebagai bank untuk tok bomoh tu la hahaha.

Kawan MB ni pula bila orang nasihat suruh stop cari bomoh ni sebab kalau kira-kira balik dia sudah belanja dekat rm10k ( rm10 000 ) untuk berbomoh saja dia akan smash orang tu balik ( memang dasar pekak badak betui ). Tapi nak buat macam manakan nama pun kawan ikut saja la dan nasihat setakat mampu saja kalau sudah tak mau dengar nak buat macam mana kan.

Last sekali terjumpa satu bomoh siam ni yang tinggal diutara tanah air ( tu pun ada seorang hamba allah yang bawa kami pergi berjumpa bomoh tersebut ),kena la juga lebih kurang dalam rm800 untuk pengeras tapi lebih baik dari minyak yang kawan MB beli sampai rm2000 pun ada. Caranya mudah, ia mengunakan kaedah benda makan ( serbuk yang kita boleh letak didalam makanan atau minuman tapi tengok pada jenis makanan dan minuman juga ) . Cara ni boleh digunakan oleh semua orang di muka bumi ni termasuk golongan gay dan juga nyah OH MY GOD!!

Tapi MB rasa yang paling sesuai guna cara ni adalah pasangan yang sudah berkahwin tetapi suami atau isteri ligat diluar rumah tambah2 zaman sekarang ni dalam facebook pun boleh cari gundik2 dan anak ikan tambahan kalau pasangan kita tu jenis tak cukup sorang ( galak ). Satu lagi pasangan yang bercinta dan memang merancang untuk berkahwin tetapi perhubungan ada pasang surut memang boleh mencuba selagi kekawan mampu untuk memberi pasangan makan. 

Kalau yang baru nak cari awek atau balak pun boleh mengunakan cara ini  tapi seeloknya bila sudah tercapai niat dihati jangan kita mensia-siakan orang yang kita telah bagi makan tu pula sebab kalau niat baik akan dibalas tak gitu kekawan. 

Kalau ada kekawan ingin mendapat info dengan lebih detail boleh la mesej hamba allah ni di no 0174674338

Harap info MB ni dapat membantu mereka yang memerlukan

沒有留言:

張貼留言