2013年2月19日 星期二

KHALID IBRAHIM AKUR DENGAN NAJIB!


Khalid Ibrahim akur pilihan raya negeri serentak dengan Parlimen


SHAH ALAM 19 Feb. - Kerajaan negeri Selangor akur supaya pilihan raya negeri diadakan serentak dengan pilihan raya parlimen dan menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikhnya.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, perkara itu telahpun disepakati semua Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) daripada pakatan pembangkang.

"Kami setuju supaya tarikh pilihan raya ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dan kami tidak keberatan supaya pilihan raya negeri dilaksanakan serentak dengan pilihan raya Parlimen," katanya selepas merasmikan Konvensyen dan Pelancaran Pembudayaan SPIES (Spiritual, Physical, Intelectual, Emotional, Social) negeri Selangor di sini hari ini.

Sebelum ini, Khalid berkata, tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri Selangor akan diumumkan selepas sambutan Chap Goh Mei masyarakat Cina setelah mengadakan pertemuan dengan Adun pakatan pembangkang. - BERNAMA

Akhirnya Khalid Ibrahim dengan bongkak mahu membubarkan DUN Selangor selepas Raya Cina tak jadi! Akhrinya beliau akur dengan keputusan Najib! 

沒有留言:

張貼留言